Bagaimana ia bermula : Part II

Bagaimana ia bermula : Part II

- in Behind The Scene, Business, Latest
1220
2

Part II : Mentor, Bisnes Borong dan Penulis

 

Doa menjadi realiti apabila kami ditemukan dengan seorang pemilik Butik Muslimah yang sedang mencari pembekal baru bagi baju Muslimah. Kami tiada pengalaman dalam pembikinan baju, namun beliau berbesar hati memberi tunjuk ajar. Beliau membuka ‘kitab lama’nya dan berkongsi rahsia bisnesnya dari segi penentuan saiz pakaian bagi Muslimah, jenis jahitan, fabrik malah memberi maklumat berkenaan pembekal kain beliau.

Seperti orang mengantuk disorong bantal; seperti bintang jatuh ke riba. Begitulah rezeki yang Allah berikan, ilmu mahal yang dicurahkan kami manfaatkan untuk menyediakan pakaian dan dijual secara borong kepada beliau kembali. Pelik tetapi benar! Allahuakbar!

Beliaulah mentor pertama kami dalam bisnes pakaian Muslimah. Beliau bukan instafamous mahupun selebriti, dan bisnes beliau bukanlah bisnes yang dikenali seantero Malaysia, namun MasyaAllah, oleh kerana bisnesnya benar-benar berdasarkan konsep dakwah unntuk menggalakkan muslimah berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam, perkembangan bisnes beliau yang bertahan selama 20 tahun itu amat mengkagumkan. Aset bisnes beliau juga tidak calang-calang sedikit, malah memiliki lot kedai sendiri bernilai jutaan ringgit.

Dari situlah kami mengumpul modal, mempelajari selok belok bisnes pakaian Muslimah dan bisnes borong. Permulaan awal yang bermula daripada menjadi pembekal dan menjahit baju menggunakan label pakaian Mentor yang akhirnya membawa kepada ilham untuk menghasilkan label pakaian sendiri iaitu MuslimahClothing.com.

Di kala itu kami masih lagi bertugas sebagai Jurutera di syarikat GLC dan bisnes merupakan ‘secret passion’ kami. Dengan berbekal modal di tangan, kami meneroka peluang bisnes borong di China dan Vietnam, yang seterusnya melahirkan bisnes kami yang kedua, BisnesBorongChina.com dan BisnesBorongVietnam.com. Bisnes borong ini adalah usahasama 2 bersaudara, Tuan Nizar dan Tuan Shuaib.

MCC Trip Vietnam  Trip bisnes ke Vietnam, sempat berjalan ke Mekong River.

 

Segala-galanya berlaku dengan pantas. Tahun 2009-2012 merupakan ‘peak’ kepada bisnes borong China dan Vietnam yang mana menyediakan platform latihan bagi usahawan yang mahu memborong ke China mahupun Vietnam. Dalam masa yang sama, kami meneruskan bisnes menghasilkan pakaian Muslimah dan mula mendapatkan bekalan fabrik yang berkualiti dari negara luar dan menjahitnya di Malaysia dan menjualnya secara borong ke butik-butik sekitar Lembah Klang.

 

Bisnes borong ini juga telah membuka lembaran baru dalam hidup kami yang mana kami telah menghasilkan 2 manual memborong pertama di Malaysia yang diterbitkan oleh PTS iaitu Panduan Memborong di China dan buku kedua, Panduan Memborong di Vietnam.

 

Panduan Memborong di China dan Vietnam

Panduan Memborong di China & Vietnam

 

Pada penghujung tahun 2012, saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Seksyen 7 Shah Alam bersama rakan-rakan yang mahu bershopping pakaian. Ianya hari yang tidak akan saya lupakan.
Bersambung ke Part III…

About the author

You may also like

The Journey by MCC

  Saya mempunyai impian yang pelik. Saya pernah