Bagaimana ia bermula : Part III (Akhir)

Bagaimana ia bermula : Part III (Akhir)

- in Behind The Scene, Business, Latest
1349
1

Sekiranya belum membaca dari awal, klik Part I dan Part II.

Pada penghujung tahun 2012, saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Seksyen 7 Shah Alam bersama rakan-rakan sepejabat yang mahu bershopping pakaian. Ianya hari Jumaat, hari yang tidak akan saya lupakan.

Saya terkejut seperti terkena renjatan elektrik (maaf menggunakan perumpamaan ini kerana saya adalah Jurutera Elektrikal 🙂 apabila melihat sebuah kawasan seperti syurga fesyen muslimah moden pesat berkembang di situ. Shah Alam adalah bandar asing buat saya dan hanya mendengar cerita daripada rakan-rakan sahaja. Hajat asal hanya meneman kawan, akhirnya saya juga terjebak berbelanja. Saya membuat pemerhatian, kawasan itu masih ‘dara’ dan ada peluang untuk kami mengembangkan bisnes sediada ke butik fizikal di sini.

Hujung minggu itu, saya dan suami pergi melawat kawasan. Jalan belakang masih ada unit kosong untuk disewa. Kami mengambil semua nombor agen yang ada. Dipendekkan cerita akhirnya kami direzekikan sebuah unit di Tingkat 1, no 41A. Alhamdulillah. Bermulalah pengalaman baru untuk kami di sana, dari bab menguruskan kontraktor bagi tujuan ‘renovation’ sehingga ke menghias ruangan butik dengan menggunakan bajet yang kecil. Tiada bantuan kewangan, tiada ‘funder’ dan tiada harta pusaka dari nenek moyang. Kesemuanya menggunakan wang dari bisnes servis dan konsulting kami sebelum ini (Bisnes Borong China dan Vietnam) beserta sedikit wang simpananan.

 

781

Setelah hampir 2 bulan proses renovasi, akhirnya kami membuka pintu kepada umum buat pertama kalinya pada 3 Mac 2013. Majlis pembukaan (Grand Opening) dijalankan serentak dan ianya sangat istimewa kerana kami menjemput 2 figur Muslimah, idola 2 negara iaitu Puan Wardina Safiyya (Malaysia) – selebriti tanah air yang tak perlu diperkenalkan lagi dan Puan Fitri Aulia (Indonesia) seorang fashion designer yang mempunyai brand tersendiri – KIVITZ – yang merupakan antara pereka fesyen yang saya segani.

 

782789

Acara pembukaan butik sedikit unik yang mana pada sebelah paginya ialah acara tertutup bersama 2 selebriti tersebut. Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran oleh 2 Hafizah cilik – Nada’ dan Najihah. Kemudian sesi Heart to Heart oleh Puan Wardina dan Puan Fitri yang mana moderator jemputan ialah Puan Azlin Hezri (ibu kepada Penyayi Nasyid Muaz).

792 791 790

Setelah hampir satu jam sesi sharing yang cukup menarik, majlis diteruskan dengan sesi Styling Tips bersama KIVITZ. Jam 1 petang, private event selesai dan kami membuka pintu kepada umum untuk bershopping sakan. Bagi memeriahkan majlis, kami menjemput 4 butik lain untuk membuka meja jualan di dalam butik MCC iaitu Rina Salleh Clothing, Aroush, Ummie Tinie Collection dan Dura Fashion. Perkataan yang dapat saya simpulkan – meriah!

794 783 785 786 787 788

Banyak perkara yang saya belajar daripada Majlis Pembukaan Butik Shah Alam. Antaranya ialah jangan membuat majlis pembukaan butik serentak dengan hari pertama butik beroperasi sepenuhnya. Ini kerana kita tidak dapat menjangka – what can go wrong – pada hari tersebut yang mana crowd datang ramai daripada kebiasaan dan boleh mengganggu shopping experience pelanggan pertama kali datang ke butik. Pada hari pertama pembukaan butik Shah Alam, satu daripada 3 aircond gagal berfungsi berkemungkinan daripada ‘over-work’ kerana terlalu ramai tetamu. Jenuh juga mengawal crowd dalam kepanasan dan tetamu VIP juga tidak henti mengelap peluh.

All in all, saya tetap berpuas hati dengan perjalanan majlis dan gembira dengan sambutan luar jangkaan tetamu yang hadir. Kiranya Cikpuan adalah salah seorang yang hadir pada majlis tersebut, sudilah kiranya berhubung dengan saya. Banyak soalan saya nak tanya 😉

Kiranya ada soalan mahu tanyakan kepada MCC, bolehlah komen di bawah ok atau emelkan ke admin@muslimahclothing.com.

Saya suka!

p/s – Kesemua gambar di atas adalah daripada blog KIVITZ. Terima kasih!

About the author

1 Comment

  1. Pingback: Maaf, saya seorang yang sangat simple. | MCC Official Blog

Comments are closed.

You may also like

The Journey by MCC

  Saya mempunyai impian yang pelik. Saya pernah