10 Tips Sebelum Berhenti Makan Gaji

10 Tips Sebelum Berhenti Makan Gaji

- in Business, Latest
947
Comments Off on 10 Tips Sebelum Berhenti Makan Gaji

10 TIPS SEBELUM BERHENTI MAKAN GAJI

Mahu berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri? Sejak akhir-akhir ini ramai juga yang memaklumkan kepada saya mahu memulakan bisnes dan meninggalkan alam pekerjaan. Mungkin datang daripada hati, atau mungkin juga terkesan dengan kisah inspirasi. Setelah hampir 10 tahun berkerja berkhidmat di Petronas, tiba masanya untuk saya mengundur diri dan memulakan bisnes sendiri. Saudara-mara, rakan-taulan bertanyakan tentang tips mahu berhenti kerja. Di sini saya kongsikan 10 tips sebelum mengambil keputusan berhenti makan gaji.

Semoga bermanfaat!

 

1. Rendahkan Kos Bulanan
Pastikan kos kehidupan serendah mungkin. Maksudnya pastikan semua perbeanjaan kita minimum. Beli kereta murah. Jangan mahal. Lagi murah lagi bagus. Selalu kalau orang tanya nak beli kereta apa, cadangan saya adalah Saga BLM. Ingat, kereta mahal, komitment yang tinggi akan menyukarkan lagi kita untuk berhenti makan gaji kerana kereta adalah liabiliti, bukan asset.

 

2. Cuba Dahulu Bisnes Tersebut
Sebelum berhenti, test dahulu bisnes tersebut. Jangan tergopoh-gapah untuk berhenti selagi tidak terbukti bisnes yang kita jalankan itu boleh pergi jauh. Jangan hanya berdasarkan teori. Hanya calculate atas kertas nampak untung. Bila run bisnes baru tahu boleh untung rugi. Banyak faktor yang tersembunyi yang tidak akan dapat di kira atau dijangkau di atas kertas. Sekiranya ada kenalan yang menjalankan bisnes yang sama, pergi menuntu ilmu dahulu. Contohnya, kita mahu buka kafe makanan, berguru dahulu dengan mana-mana pemilik kafe makanan. Peniaga yang telah melalui pahit maung bisnes kebiasannya mempunyai ‘insight’ yang tidak kita ketahui.

 

3. Dapatkan Redha Ibubapa dan Keluarga
Kalau lelaki, dapatkan redha ibu bapa dan mertua. Kalau perempuan, dapatkan redha suami, ibu bapa dan mertua. Mohon mereka redha dan doakan. Doa ibu kepada anak adalah doa yang paling mudah dimakbulkan Allah SWT. Ini wajib dibuat sebelum berhenti makan gaji. Kadangkala ada ibubapa yang susah menerima sekiranya anaknya mahu berhenti kerja dan berbisnes. Sudah belajar di universiti susah-susah, dapat scholarship lagi, ada master atau Phd dan mahu berhenti? Ceritakan sejujurnya kepada ibubapa, fahamkan mereka sebaik mungkin. Akan bermasalah sekiranya ibubapa tidak redha akan keputusan kita untuk berhenti kerja.

 

4. Fahamkan Risiko Kepada Pasangan
Ceritakan kepada pasangan (kalau sudah berkahwin). Terangkan berkenaan risiko. Contoh, kalau bisnes ini tidak berjaya, risikonya mungkin kena pindah rumah lebih kecil. Mungkin kena ikat perut. Mungkin kena tukar kereta lebih kecil. Mungkin hangus duit simpanan. Tanya pada pasangan, dia sanggupkah hidup seperti itu kalau bisnes tidak berjaya? Kalau dia sanggup, syukur. Walaupun bukan kegagalan yang kita mahukan, namun jangan janjikan bintang dan bulan kepada pasangan kalau roket masih belum siap lagi untuk membelah angkasa raya. Ini bagi mengelakkan pasangan berkecil hati, salah faham dan sebagainya apabila berlaku krisis kepada perniagaan yang menyebabkan cara hidup perlu disesuaikan dengan pendapatan semasa.

 

5. Jauhkan Daripada Janji Manis
Jangan berikan janji manis kepada pasangan atau keluarga. Janji-janji seperti “kalau bisnes ni jalan, income kita boleh dapat RM20K, insyaAllah kita boleh tukar kereta, boleh pindah rumah besar, boleh pergi melancong” itu semua akan memerangkap diri. Hanya mencipta tekanan kepada kehidupan yang tak perlu. Jangan janjikan kemewahan kepada keluarga atau pasangan. Seperti point no 4, terangkan tentang kebarangkalian kesusahan. Bila berniaga, senang belum pasti, susah sudah pasti.

 

6. Berhenti Mengikut Giliran
Kalau suami isteri berkerja, lebih baik seorang sahaja yang berhenti dahulu. Pilih siapa gaji lebih kecil untuk berhenti dahulu. Jadi risikonya lebih kecil. Pasangan jalankan dahulu bisnes, tengok boleh pergi jauh ataupun tidak. Kalau gaji lebih kurang sama, lihat siapa passion lebih besar untuk menjalankan bisnes. Siapa lebih boleh push
bisnes pergi lebih jauh. Itu yang berhenti dahulu. Boleh juga lihat antara suami isteri, medical benefit syarikat siapa lebih bagus. Yang medical benefit syarikat tidak cukup untuk menampung keluarga lebih sesuai berhenti dahulu.

 

7. Sebab Apa Mahu Berhenti?
Tepuk dada, tanya dalam hati, adakah menjalankan bisnes ini betul-betul apa yang anda mahu buat? Atau sekadar mahu lari daripada tempat kerja sekarang? Mahu menjalankan bisnes perlu minat yang dalam, dan hati yang betul-betul minat. Kalau ragu-ragu, jangan berhenti. Kalau alasan mahu lari dari bos dan tidak suka boss, jangan berhenti lagi.

 

8. Sediakan Payung Sebelum Hujan
Ada sedikit simpanan kewangan. Sebagai backup sekiranya tidak berjaya. Ada cadangan 3 bulan ada cadangan 6 bulan dan ada sehingga 12 bulan. Personal view saya, ianya sangat bergantung kepada keadaan diri sendiri. Kalau hidup bujang, 3 bulan sudah cukup. Kalau pasangan muda, 6 bulan insyaAllah memadai, kalau sudah mempunyai anak yang ramai, sudah bersekolah, 12 bulan adalah paling selamat.

 

9. Ada Plan B?
Always have a backup plan. Kalau bisnes tak jalan, boleh minta kerja balik? Or ada sebarang skill yang boleh mendatangkan duit dengan cepat? Jangan apabila bisnes tidak berjalan, baru fikirkan apa plan B. Sudah terlambat.

 

10. Berhenti Dengan Cara Terhormat
Pastikan syarikat yang kita berhenti itu, mereka masih sayangkan kita. Kita tidak tahu mana tahu satu hari kena minta kerja kembali. Jangan sebab sudah mahu berhenti, sudah abaikan tanggungjawab kepada syarikat yang kita bekerja. Orang sentiasa memerhatikan attitude kita. Masuk dengan baik, keluar dengan terhormat. InsyaAllah mudah sekiranya mahu masuk kembali. Sentiasa berbaik dengan bos, rakan sekerja atau sesiapa sahaja network kita di tempat kerja.

 

Allahualam, didoakan bermanfaat. Jalan bisnes adalah jalan berliku, namun ianya jalan yang menyeronokkan. InsyaAllah 🙂

Sekiranya pembaca ada pengalaman yang sama mahu dikongsikan, atau mempunyai tips tambahan, sudi-sudikanlah share tips di ruangan komen.

Salam Hormat,

Nizar of MCC

(Bekas pemakan gaji tegar Petronas selama 10 tahun)

About the author

You may also like

UMTAS – Behind the scene.

Ramai yang bertanya tentang UMTAS, mohon maaf kerana