Tidak hanya digayakan tatkala menyambut perayaan tapi sekarang ni baju kurung selesa digayakan ketika ke pejabat mahupun menghadiri kenduri kahwin, acara makan malam, majlis rasmi atau korporat.
Biarpun dengan kehadiran pelbagai pakaian lain yang lebih moden di pesada dunia fesyen hari ini, namun baju tradisional itu juga selalunya yang dicari.
Uniknya, hari ini dengan kehadiran banyak fabrik di pasaran tekstil, baju kurung turut dihasilkan daripada pelbagai jenis kain mengikut cita rasa serta perkembangan terkini fesyen tanah air.
Jadi bila masuk kedai kain, anda perlu ada pengetahuan berkenaan jenis-jenis fabrik agar tidak memilih melulu. Bukan apa, takut nanti timbul pembaziran.
Jadi, jom kita tengok jenis-jenis kain mengikut kesesuaian pakaian.
Kain Organza
Kain organza diperbuat daripada sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar dan fabriknya nipis. Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin atau majlis makan malam.
Sumber: cariangoogle
Jacquard
Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard dan kainnya bersifat kilat dan licin.
Crepe
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera. Permukaannya agak bergerutu kerana dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut hingga menghasilkan kain yang selesa dan tidak panas.
Sumber: cariangoogle
Lycra
Tekstur Lycra boleh meregang kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik ini menjadi kegemaran wanita untuk menghasilkan blouse, baju kurung dan jubah.
Kain Satin
Rasanya semua wanita tahu jenis kain satin ni. Maklumlah kain ni selalu digunakan untuk dibuat tudung kerana teksturnya licin dan berkilat. Jadi, sangat cantik bila dijadikan tudung. Bila pakai je tudung satin, terus ada daya tarikan dan keayuan si pemakai.
Lagipun, kain satin mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Oh! Selain daripada tudung, kain ini juga digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin.
Sumber: cariangoogle
Polyester
Seterusnya, tekstur kain polyester memiliki daya tahan yang kuat cuma jarang menjadi pilihan pereka fesyen untuk memilih kain ini untuk dijadikan baju kerana kainnya mampu menghasilkan rasa panas dibadan dan tidak menyerap keringat. Mungkin kain ini boleh dijadikan langsir jendela?
Chiffon Sutera
Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilihat dari segi keselesaan dan keseusian jenis fabrik. Walaupun harganya agak mahal, memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering tapi kain chiffon sutera ini sering menjadi pilihan hati ramai.
Chiffon Georgette
Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette. Menjadi pilihan ramai kerana mudah dari segi penjagaan dan dari segi bajet harganya lebih murah berbanding chiffon sutera. Malah, penjagaannya juga mudah dan mudah dicuci. Maklumlah, perempuan ni kan suka kain yang murah, mudah dan senang dijaga.
Songket
Semua orang dah tahu yang cara pembikinan kain songket menggunakan teknik tenunan yang dihasilkan dari benang emas dan benang sutera pada kain latar. Fabrik ini sangat mewah dan mahal kerana menggambarkan struktur sosial dalam kalangan bangsawan Melayu. Sering digunakan pada pengantin.
Sumber: cariangoogle
Dah tahu jenis kain, nanti kalau nak beli baju atau kain ela jangan pula melopong tak tahu nama-nama kain. Semoga bermanfaat!