Apa Beza Jubah & Abaya?

Apa Beza Jubah & Abaya?

- in Fashion
2497
Comments Off on Apa Beza Jubah & Abaya?

Cuba letakkan jubah dan abaya sebelah-sebelah dan minta orang ramai teka mana satu jubah dan mana satu abaya. Pasti ada yang masih terpinga-pinga tak tahu macam mana nak kenal pasti jubah dan abaya.

Mana tidaknya, dua jenis pakaian ini seakan sama. Labuh ke bawah dan longgar. Warna pun kedua-duanya sudah mempunyai pelbagai pilihan warna. Jika lihat pada corak pula, jubah dan abaya mempunyai corak yang lebih kurang sama iaitu bunga, lace, ropol, dan kerawang.

Apa itu Abaya?

Jadi, bagaimana nak kenal pasti dua pakaian ini? Jom Muslimah Clothing terangkan pada anda apa perbezaannya.

Abaya ialah pakaian tradisi wanita-wanita di negara-negara teluk atau timur tengah. Di sana ia dipanggil ‘Abaya’, ‘Swaeiyah’ ataupun ‘Daffa’. Pada dasarnya abaya adalah sehelai kain (pakaian) yang dipakai di luar atau pun di atas pakaian lain bila golongan wanita mahu keluar rumah.

Dalam bahasa Inggeris dipanggil black over garment atau black cloak jika diterjemahkan maknanya ‘selimut hitam’. Pemakaian abaya adalah amat bertepatan dengan ciri-ciri pakaian wanita Islam yang menepati syariat. Ini kerana sehelai abaya biasanya mempunyai beberapa ciri berikut.;

  1. Kainnya tebal.
  2. Warnanya hitam.
  3. Besar dan longgar.
  4. Labuh menutupi seluruh badan.
  5. Simbol wanita Islam.
  6. Sopan.

Jubah adalah…

Seterusnya pula, jubah. Perkataan jubah sebenarnya wujud dalam kalangan orang Malaysia. Orang luar panggil jilbab yang bermaksud sehelai baju labuh yang longgar. Jubah selalunya dipakai dalam kalangan lelaki dan perempuan yang beragama Islam.

Kini jubah telah berubah mengikut peredaran fesyen sekaligus memberi impak dalam kalangan wanita dan lelaki kerana dahulunya jubah amat susah nak jumpa yang berwarna warni. Selalunya warna hitam atau warna gelap tapi pada era ini kita dapat lihat jubah direka dalam pelbagai warna dan bentuk mengikut citarasa gaya moden.

Sekarang semua dah jelaskan apa perbezaan kedua-dua pakaian ni? Apa lagi? Jom la buat pembelian Abaya di website Muslimah Clothing. Ada banyak pilihan. Apa yang kami sajikan pada anda ni hanya dua koleksi Abaya saja iaitu Abaya Lace Aminah dan Abaya Lace Afiyah.

Klik saja disini untuk terus melihat koleksi lebih banyak di website kami!

 

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional