Bagaimana ia bermula : Part I

Bagaimana ia bermula : Part I

- in Behind The Scene, Business
2

Bagaimana ia bermula : Part I

Segala-galanya bermula daripada perjalanan suci menunaikan Haji pada Disember 2007. Pada waktu itu saya menggayakan Tudung Pashmina Instant yang menjadi asbab saya disapa oleh para jemaah wanita dari Malaysia sehingga ada yang menahan di tengah jalan dan bertanya, “Adik beli di mana?”

IMG-20150930-WA0048

Kami baru tiba di Airport Jeddah selepas hampir 8 jam perjalanan. Saya, bonda mertua dan kakak ipar boria menggayakan Pashmina Instant.

Ketika itu, shawl sarung instant bukan fenomena atau kebiasaan lagi. Ianya dianggap inovasi kreatif kerana ianya mudah dipakai, berawning, solat friendly (labuh) dan ramai sukakannya. Ianya menjadi pilihan saya semasa di Tanah Suci kerana ianya tidak perlu diiron, tidak mempunyai masalah terkelepet (hanya perempuan sahaja yang faham maksud perkataan ini) dan semestinya cukup labuh untuk dibawa bersolat.

IMG-20150930-WA0061  Cubaan pertama memakai Niqab, berjaya! Teka saya yang mana?

Tudung Instant Pashmina

Di Pasar Tamar Madinah.

Haji adalah perjalanan paling indah dalam hidup kami. Alhamdulillah, syukur kerana diberi peluang menunaikan rukun Islam kelima 6 bulan selepas mendirikan rumahtangga. Setelah pulang dari haji, saya membuat kajian dan mendapati ada peluang untuk menjual tudung pashmina instant ini kerana ‘high demand, low supply’. Saya menghubungi kenalan yang merupakan seorang tukang jahit dan memberikan beliau prototype dan menempah jahit awning untuk kira-kira 10 helai pashmina yang telah saya beli di Tanah suci.

Dari situlah bermulanya penghijrahan saya daripada memakai tudung bawal yang zaman itu agak tipis dan berbayang di tengkuk kepada tudung pashmina instant yang labuh dan tidak jarang. Saya yakin pada hijrah itu dan menggayakannya ke tempat kerja.

Daripada titik tolak itu saya dan suami mencari pembekal shawl pashmina dan sebagai permulaan memborong 5 kodi (100 helai) pashmina pelbagai corak dan warna dan menempah jahit menjadikan Tudung Pashmina Instant. Kami menjadikan platform Blogspot sebagai pusat jualan online. Suamilah photographer, sayalah model, dan flat kecil kami adalah studio.

Dipendekkan cerita, permintaan meningkat dan kami menambah saluran jualan dengan menjual secara borong dan menjual di tapak-tapak Masjid semasa Kursus Haji pada hujung minggu. Memandangkan waktu itu kami masih bekerja sepenuh masa sebagai jurutera, masa kami amat terhad dan hanya dapat menguruskan bisnes ini di waktu malam dan hujung minggu sahaja.

Minat mengatasi segala-galanya. Selepas setahun, akaun ditutup dan kami membuat refleksi jualan sepanjang tahun pertama. Sejumlah RM60,000 berjaya kami kumpul dari bisnes secara sambilan ini.

Kami melihat potensi bisnes ini boleh pergi lebih jauh. Kami bersedia untuk mengorak langkah seterusnya dan mencari mentor bagi membimbing kami untuk meneroka bidang bisnes pakaian ini.

 

Bersambung ke Part II dan Part III.

About the author

Mempunyai 4 bayi comel (and counting!) dan seorang puteri kini menghuni syurga. Cita-cita mahu bermahligai bersama keluarga di syurga. SRK Convent Kota Taiping, TKC, KMYS dan University of Southampton. Pernah bertugas sebagai Jurutera di TNB selama 7 tahun.

Related Posts

Facebook Comments

2 Comments

  1. Pingback: Bagaimana ia bermula : Part III (Akhir) | MCC Official Blog

  2. Pingback: Maaf, saya seorang yang sangat simple. | MCC Official Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *