Bila kita sebut tentang baju muslimah mesti ramai yang beranggapan baju yang bosan dan tak menarik. Hello! Sekarang ni dah zaman 2020 okay! Fesyen pun dah berkembang sejajar dengan perkembangan dunia fesyen. Kalau kita tengok artis Malaysia yang bertudung, macam-macam gaya muslimah mereka bawa.
Kali ni, Muslimah Clothing pun nak tunjuk beberapa koleksi baju muslimah yang korang boleh dapatkan untuk bergaya pada hujung minggu atau bila pergi ke pejabat. Jangan risau, semuanya simple dan menarik! Tak terlalu meriah dan tak terlalu boring. Just nice je untuk korang yang sukakan gaya yang bersahaja.
Antara koleksi Muslimah Clothing tampilkan adalah…
Blouse Nara
Terdapat empat pilihan warna dan mempunyai buttoned down blouse. Jadi, kalau gayakan dekat mana-mana majlis pun boleh sebab aksesori butang tidak menjadikan design blouse ni terlalu simple. Macam biasa, saiz di Muslimah Clothing ada pelbagai iaitu dari XXS sehingga 5XL.
Okay, trick pemakaian blouse ni untuk kelihatan menarik adalah kena pandai mix and match dengan warna blouse. Misalnya untuk gaya santai, padankan dengan seluar straight cut. Manakala untuk gaya formal pula padankan dengan seluar slack dan untuk gaya sopan boleh padankan dengan skirt.
Tunic plain
Seterusnya, design ala-ala jubah tapi pendek atas lutut. Design ni memang evergreen sangat. Erti kata lain, design yang diterima sepanjang masa. Lagipun kain yang plain ni senang nak mix and match. Kepada sesiapa yang malas nak mix and match, you guys kena ada design Tunic Plain ni dalam almari korang.
Bagi yang jenis yang extra kreatif, korang boleh jadikan Tunic Plain cardigan juga. Caranya adalah pakai as outer layer dengan tshirt atau jubah. Pastikan tudung bercorak yang mempunyai warna seakan sama dengan baju atau seluar. Barulah penampilan seri si pemakai naik. Kalau semua plain, bosan pula nanti.
Blouse Nakiko
Design kali ini lengkap dengan breastfeeding sebab mempunyai zip di bahagian depan. So, senang dan selesa bila nak pam susu atau nak bagi si kecil susu. Tak perlu nak tarik baju dari bawah. Paling best lagi, material kain ni ironless. Ya, kitaorang tahu semua perempuan sukakan baju yang ironless, selesa dan simple!
Jadi, setiap wanita wajib ada walaupun sehelai. Bukan apa, perempuan ni kalau datang mood dia malas nak bersiap, memang akan cari baju ironless untuk terus sarung. Tipu la kalau dalam seminggu tu tak ada hari yang malas.
Macam biasa, Muslimah Clothing sediakan saiz yang pelbagai tapi kali ni combo size, XXS/XS sehingga 4XL/5XL. Cutting untuk saiz combo ni lebih besar dari biasa, jadi jangan terkejut kalau korang muat 2 size smaller.
Oh ya! Untuk kesemua design yang kami senaraikan ni sebenarnya ada banyak warna pilihan tau? Bukan dua warna je. Kalau nak tengok lebih banyak, jom ke instagram Muslimah Clothing, MCC MuslimahClothing.
Penting, you guys tahu nak mix and match warna dan corak untuk tampak kelihatan berseri. Bye!