Bawa Style Hippie! Jom Bergaya Dengan Cardigan Panjang

Bawa Style Hippie! Jom Bergaya Dengan Cardigan Panjang

- in Fashion
807
Comments Off on Bawa Style Hippie! Jom Bergaya Dengan Cardigan Panjang

Kalau tengok dalam almari pakaian mana-mana wanita pasti mereka mempunyai sekurang-kurangnya satu kardigan yang panjang. Tak kiralah bercorak mahupun tidak. Maklumlah pakakain jenis ini mudah untuk digabungkan dengan semua jenis pakaian.

Lagipun, pemakaian kardigan sebenarnya untuk menyembunyikan kecacatan penampilan. Misalnya, menutup bahagian baju yang lengan pendek, bahagian pinggul terlalu ketat dan dapat menjadi pelengkap pakaian.

Paling penting kehadiran kardigan tidak membuat si pemakai kelihatan sarat dengan warna atau corak. Macam biasa, Muslimah Clothing mempunyai beberapa koleksi kardigan bercorak dan tidak. Jom tengok koleksi dari kami,

Cardigan Janelle

Sangat sempurna untuk digayakan untuk pergi ke pejabat atau bersantai. Ditambah pula fabrik Moss Crepe memang sangat selesa bila anda sarung dengan mana-mana pakaian asalkan warna yang bersesuaian.

Untuk kardigan Janelle ini, semuanya lengan panjang, kepanjangan labuh kardigan  sehingga ke bawah dan boleh diikat pada bahagian depan untuk. Jadi anda ada dua cara pemakaian. Sarung dan ikat atau lepaskan kardigan. Seperti biasa, kami sediakan saiz 3 kategori iaitu Small, Large dan 3XL.

Cardigan Anello

Cardigan Anello ni sangat sesuai untuk mereka yang ingin keluar dengan penampilan yang selesa dan kelihatan versatile. Senang cerita, kalau korang bahagian dalam simple tapi kalau sarung je kardigan ni, penampilan korang dah nampak meriah dan boleh pergi kenduri. Ini kerana kardigan Anello ada keistimewaannya yang tersendiri.

Keistimewaan kardigan jenis ini adalah kerana Anello mempunyai garis panjang yang kemas di bahagian depan dan mempunyai corak bunga sulaman pada bahagian belakang kardigan.  Menariknya lagi, kardigan Anello mempunyai poket dan mempunyai saiz dari XXS sehingga 5XL. Jadi, semua orang boleh pakai.

Cardigan Jane

Seterusnya kardigan Jane, secara asasnya kardigan Jane dibuat dari material kain Lycra dan mempunyai saiz S,M,L dan XL sahaja. Menariknya kardigan Jane ni, pada bahagian tengah hadapan kardigan mempunyai butang sangkut.

Mana tahu, cuaca tengah berangin-angin tak adalah kardigan chuols tu melayang-layang kebelakang. Lagi satu, menariknya lagi kardigan Jane ada poket dibahagian tepi. Tak payah susah-susah bawa beg, sumbat je dalam poket.

Cantik bukan? Semuanya sesuai nak pakai  ke mana saja dan paling penting semua jenis kardigan yang kami senaraikan ni breastfeeding dan wudhuk friendly.

Sebenarnya bukan ada cardigan ni je ada, ada banyak lagi. You guys boleh klik je dekat link ni untuk terus ke website Muslimah Clothing untuk pilih dan buat pembelian.

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional