Bosan Dengan Jubah Plain? Jom Usya Design Bercorak Pula

Bosan Dengan Jubah Plain? Jom Usya Design Bercorak Pula

- in Fashion
1036
Comments Off on Bosan Dengan Jubah Plain? Jom Usya Design Bercorak Pula

Perasan tak kalau jubah je mesti kosong. Warna pun ada 3 pilihan je. Hitam, putih dan kelabu. Memang nampak membosankan, aduhai! So, tak peliklah kenapa ramai yang kurang memilih untuk pakai jubah untuk menghadiri apa-apa majlis.

Lagipun pemakaian jubah hanya dipakai dalam kalangan wanita berusia lingkungan 40-an ke atas je. So, memang kena label ‘makcik’ la siapa yang pakai jubah ni. Ish! Tak nak la.

Tapi, cuba korang lihat balik. Dunia fesyen dah berkembang sejajar dengan dunia teknologi, sangat-sangat advance! Kalau tak percaya, lihat sajalah pattern dan corak yang direka oleh pereka-pereka fesyen tempatan kita. Kreatif sangat! Semua idea mereka tak nak kalah sampai kita sendiri rambang mata nak pilih mana satu.

Apa yang membezakan setiap sentuhan pereka fesyen adalah kreativiti dalam mengembangkan sesuatu design. Tak kira la design baju raya ke, street wear ke, casual wear ke janji bila mereka mencipta satu rekaan pada baju tersebut dan boleh diterima ramai, idea mereka memang level tip top!

Jadi, untuk fesyen 2000 ni pemakaian jubah makin lama makin boleh diterima ramai kerana serba sedikit kebanyakan pereka menghasilkan kepelbagaian jenis fabrik, corak, warna dan design dalam menghasilkan jubah.

Tak percaya? Jom kita usya sikit antara design jubah yang cantik untuk zaman sekarang ni. Mungkin korang boleh buat untuk raya nanti ke, ihiks!

Abaya Cardi

Kenapa abaya cardi? Ha, kalau korang nak tahu, design ni umpama korang pakai abaya, kemudian disarungkan dengan cardigan bercorak. Cuma, yang membezakan adalah cardigan ni dah siap dipasang sekali dengan abaya tu.

So, bila korang pakai dan jalan dia akan nampak terletak dan flowy je. Memang ayu habis la. Menariknya lagi, material abaya ini menggunakan Royal Satin yang akan memberi keselesaan kepada si pemakai.

Kalau nak bagi hadiah dekat mak atau kawan-kawan yang ada pelbagai saiz pun boleh sebab saiz yang direka dari XXS sehingga 5XL. Banyak pilihan kan? Warna pun melambangkan wanita yang dewasa gitchew!

Abaya Syazwana

Siapa penggemar warna hijau mint? Berita baik untuk anda sebab hanya Abaya Syazwana je ada warna dan design bunga kecil macam ni. Seperti dalam gambar, design jubah abaya ni potongan A, tak terlalu kembang dan tak terlalu ikut badan.

So, tak jadi masalah kepada yang kurang tinggi atau berbadan gempal nak pakai abaya syazwana ni sebab korang akan tetap nampak sempurna.

Jubah Checkered

Seterusnya jubah bercorak simple, tak sarat dengan corak. Bagi yang sukakan corak selain daripada bunga, Jubah Checkered memang sangat tepat sebab corak keseluruhannya adalah petak empat segi saja.

Bestnya lagi, bila-bila boleh pakai. Misalnya nak pakai waktu pergi kelas ataupun perkumpulan usrah mingguan, memang  sangat cantik! Tambah pula jubah design ini menyediakan warna hitam yang semua wanita wajib ada sepasang. Maklumlah, warna hitam ni adalah warna paling selamat untuk dipakai.

Satu lagi, kain ni diperbuat dari material koshibo crepe yang akan beri keselesaan kepada si pemakai. Design pun direka khas untuk wudhu friendly. Seperti biasa saiz available dari XXS sehingga 5XL.

Cantik kan? Walaupun corak jubah daripada atas sampai ke bawah tapi tetap nampak tak heavy dan simple. Untuk dapatkan semua jubah ni, klik je dekat sini. Bye!

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional