Buat Si Pengapit Tak Perlu Extra Effort, Cukup Gayakan Busana Anggun

Buat Si Pengapit Tak Perlu Extra Effort, Cukup Gayakan Busana Anggun

- in Fashion
696
Comments Off on Buat Si Pengapit Tak Perlu Extra Effort, Cukup Gayakan Busana Anggun

Kemeriahan untuk menyambut majlis perkahwinan sudah tidak lagi memberi fokus semata-mata kepada persiapan untuk pasangan mempelai tetapi merangkumi ahli keluarga dan insan terdekat yang turut membantu menjayakan hari bahagia itu, mereka ialah bridesmaid atau pengapit. Ikut raja seharilah nak bridesmaid atau pengapit.

Tidak hairanlah sekiranya debaran dan kehangatan sesuatu majlis itu turut dirasai oleh mereka yang terbabit secara langsung untuk memeriahkan lagi acara dinanti-nantikan itu. Antara individu paling berasa gementar, pastinya pengapit atau bridesmaid kerana kehadiran mereka bukan saja membantu tapi menambahkan keceriaan suasana pada hari istimewa itu.

Sebab itulah penampilan mereka bukan saja perlu mengikut tema majlis, bahkan perlu sentiasa anggun tanpa mengetepikan kesediaan berkhidmat untuk raja sehari, lebih-lebih lagi pada hari bersejarah majlis rakan korang.

Hey! Ingat yang jadi pengapit atau bridesmaid ni orang luar ke? Rakan atau ahli keluarga yang terpilih je. Jadi, sebagai kawan yang sudah dipilih untuk menjadi pengapit tau bridesmaid, korang kena lah beri effort sikit dengan ambil inisiatif untuk beli baju yang anggun. Tak perlu extra over, nanti overshadow pengantin pula.

Dekat mana nak cari baju yang cantik? Dekat mana lagi kalau bukan Muslimah Clothing, jom kita tengok koleksi apa yang kami ada sesuai untuk bridesmaid dan pengapit.

Kebarung Lace Gyra

Corak bunga yang terdapat pada renda mampu menonjolkan kecantikan Kebarung Lace Gyra. Maklumlah, sekarang ni trend Kebarung tradisional, ditambah pula ramai pereka memberi sentuhan moden pada kebarung membuatkan kebarung kelihatan minima dan mewah.

Memang sesuai sangat kalau nak pakai waktu jadi bridesmaid atau pengapit. Tengah-tengah sibuk menguruskan majlis kawan tu, mestilah semua benda nak kena cepat, jadi kami membuat keputusan untuk buat wudhuk dan solat friendly. Saiz mempunyai XXS sehingga 5XL.

Kurung Riau Lace Greece

Kurung Riau Lace Greece kalau sesiapa je pakai, pasti akan kelihatan anggun kerana kurung riau di Muslimah Clothing kami letakkan sentuha pada potongan riau tapi bahagian leher, hanya bentuk round, bukan cekak musang. Bahagian kain pula, kami beri gaya Lipat Belakang.

Untuk material Kurung Riau Lace Greece, kami gunakan Valentino Satin Lace dan seperti biasa, wudhuk, solat dan nursing friendly. Senang la nanti kalau sibuk-sibuk dengan majlis, tak perlu susah-susah nak fikir susah nak ambil wudhuk ke apa.

Kurung Barbie Lace Afni

Kurung Barbie Lace Afni dengan skirt ikan duyung mampu membuat si pemakai kelihatan anggun dan elegan. Mungkin ramai yang merasakan sesuai untuk raya tapi cuba bayangkan korang pakai sedondon dengan bridesmaid yang lain, pasti meriah! Lagipun baju kurung Barbie ni tak akan overshadow pengantin sebab you guys anggun.

Untuk detailing kurung jenis ini, Muslimah Clothing berikan seperti sentuhan kurung yang lain iaitu breastfeeding dan wudhuk friendly, mempunyai corak lace yang cantik dan mempunyai zip di bahagian baju belakang. Saiz pula dari sazi XXS sehingga 5XL.

Sekarang ni pilihan di tangan chuols, pilihlah yang mana sesuai untuk korang semua. Selamat membeli!

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional