Hello 2016. A new beginning.

Hello 2016. A new beginning.

- in Behind The Scene, Family, Fashion, Latest
931
Comments Off on Hello 2016. A new beginning.
LOOKBOOK JANUARY PART 1-01
Lookbook January 2016 kini boleh didownload, klik gambar.

2016. Tahun pertama saya dan suami 100% fokus kepada MCC. Sebelum ini Nizar masih bertugas di Petronas. 2015 saya cuba mengemudi MCC sendiri, namun tak sesenang yang disangka. Tambahan pula tahun lalu dua event besar berlaku yang mana 1) saya melahirkan anak keempat 2) bonda saya disahkan berada di stage 4 kanser.

Mungkin kerana mata ini dah lama kering, ujian melihat bonda yang menanggung kesakitan hampir 5 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir membuatkan mata seringkali basah setiap kali selepas solat. Hati sedar yang itu yang Allah mahu. Allah mahu kira merintih merayu dan berdoa dan tidak berhenti berharap. Allah mahu kita menangis. Sujud lama. Buang ego yang ada. Ya tiap ujian yang hadir itu memang ada manisnya.

2016. Saya tidak dapat rewrite kembali tahun lalu. Dan tidak berhasrat berbuat demikian. Namun tahun ini saya berazam untuk memberikan yang terbaik buat MCC dan yang terutama buat semua loyal fans yang setia kekal bersama MCC. 2016 adalah tahun ketiga MCC berada di dalam industri ini, dan insyaAllah let’s make it big.

Tahun pertama MCC bermula sebagai “Your Labuh And Longgar Specialist”. Tahun kedua, “0% Conventional 100% Muslimah” dan memasuki tahun ketiga, janji kami “Your Ultimate Fashion Solution”. That’s our promise. Itu adalah fasa business growth MCC. Kesemuanya adalah aspirasi MCC. We are looking forward to serve you all better. InsyaAllah Ameeen.

Lookbook behind the scene
Sebelum terhasilnya lookbook ini, banyak groundwork yang kami lakukan bermula dari proses memilih material, conceptual photoshoot ke editing lookbook. Ianya proses yang panjang.

Ini adalah bingkisan terbaru kami, Lookbook Hello 2016 Collection, kini boleh didownload di sini. Berikut adalah teaser kepada lookbook terbaru kami!LOOKBOOK JANUARY PART 1-05 LOOKBOOK JANUARY PART 1-06 LOOKBOOK JANUARY PART 1-08 LOOKBOOK JANUARY PART 1-09 LOOKBOOK JANUARY PART 2-27 LOOKBOOK JANUARY PART 2-28 LOOKBOOK JANUARY PART 2-29

Kami sedang design baju lebaran. Ada cadangan? Boleh dropkan cadangan ke email saya di admin@muslimahclothing.com 🙂 Saya suka!

About the author

You may also like

The Journey by MCC

  Saya mempunyai impian yang pelik. Saya pernah