Jom Matchy-Matchy Dengan Pasangan Raya Ni Dengan Design Batik!

Jom Matchy-Matchy Dengan Pasangan Raya Ni Dengan Design Batik!

- in Fashion
1129
Comments Off on Jom Matchy-Matchy Dengan Pasangan Raya Ni Dengan Design Batik!

Setiap tahun umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Puasa kemudian diikuti dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Macam biasa, pesediaan hari raya akan dilakukan sebelum puasa lagi.

Kadang-kala tu, enam bulan sebelum raya lagi dah fikir tema baju raya dengan langsir warna apa, alahai! Jangan ingat tak ada ye kerenah macam ni, ada je cuma korang je tak perasan dan tak alert.

Kalau ikutkan sekarang ni tinggal lebih kurang dua bulan lebih je lagi untuk kita tempuh bulan puasa dan menyambut hari raya. Ha, tak nak ke usya-usya dulu baju apa yang nak pakai dengan pasangan nanti?

Kan gambar raya lagi cantik kalau pakai baju sedondon. Barulah meriah! Nak pergi open house pun tak payah dah susah-susah fikir nak pakai baju apa, sarung je pakaian sedondon tu. Kan, senang!

Tapi itulah, bukan senang nak cari baju raya yang sedondon lebih-lebih lagi kalau yang bercorak tu alahai! Kadang-kala ada yang dah elok tapi corak dan warna tak kena pula. Macam mana tu?

Dah! Sekarang ni jangan risau sebab Muslimah Clothing ada jalan penyelesaiannya! Kalau anda lihat video berikut. Siap ada set dengan kanak-kanak sekali! Bayangkan kalau keluarga kecil anda menyarungkan baju yang sama.

Design baru 2020

Oh! Ini pula design yang baru untuk tahun 2020.  Jom tengok pakaian digayakan oleh model dalam video berikut.

Design yang lain…

Eh! Jangan ingat baju couple tu ada dua helai je yang sedondon. Ada banyak sebenarnya. Biru kelabu, biru coklat, merah, coklat. Jom cuci mata.

Kalau teliti betul-betul, design ni bukan untuk kita je tapi sesuai untuk mak ayah kita juga. Lagipun baju Kurung Adla adalah Kurung Moden bermotifkan Batik Jawa so, sesuai sangat untuk setiap peringkat umur.

Kalau korang nak tengok lebih detail, boleh pergi dekat website MCC MuslimahClothing.Com atau walk-in terus ke butik kami untuk merasai sendiri fabrik kain di Bangi, Ipoh dan Shah Alam.

Jangan bagi alasan raya nanti tak ada baju sedondon, ihiks!

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional