Siapa je yang tak nak kelihatan 10 tahun lebih muda? Walau umur dah masuk 40-an sekali pun, penampilan diri dan kecantikan kulit wajah sangat penting untuk dijaga. Tapi jangan mudah terpedaya sebab sekarang ni ada macam-macam kaedah pantas melibatkan pembedahan atau suntikan yang merbahaya, jika bukan daripada badan yang berdaftar. Nanti niat nak cantik tapi lain pula jadinya.
Bila dah masuk zon mak-mak, anak pun dalam proses membesar. Sampaikan penampilan diri pun tak terjaga. Kami faham, bukannya tak nak jaga tapi dek kerana kesuntukkan masa, terlalu banyak kerja rumah nak diuruskan sehinggakan perkara ‘remeh’ seperti penampilan pun boleh terlepas pandang.
Pengurusan masa…
Apa yang you guys boleh buat adalah time management atau dalam bahasa melayunya, pengurusan masa. Ramai wanita fail bab nak urus masa ni. Fail bukan sebab apa pun, puncanya adalah terlalu banyak kerja nak diuruskan pada masa yang singkat.
Contohnya, waktu pagi di mana anda perlu menyediakan sarapan pagi buat anak dan suami,menyiapkan anak untuk ke sekolah, membersihkan dapur, dan untuk yang bekerja harus pantas menyiapkan diri pula untuk ke tempat kerja.
Balik kerja penat-penat kena pula drive menghadap jem. Sampai saja di rumah kena sediakan makan malam pula untuk keluarga. Penat sampaikan anda tidak sedar anda tertidur sehingga keesokkan harinya. Rutin sama berulang setiap hari.
Jalan penyelesaiannya adalah cuba susun jadual dan tetapkan perkara yang boleh diselesaikan pada hujung minggu. Seperti menyediakan bahan untuk masakan dan simpan di peti ais, dapatkan bantuan pasangan agar kerja yang dilakukan tidak terbeban seorangan.
Kekal classy dan stylo walau di usia 30-an
Perasan tak, kebanyakkan wanita sekarang seakan mudah menyerah kalah selepas gagal mencari masa untuk bergaya dan bila timbul rasa tidak yakin untuk mencuba benda baru. Ish, jangan begitu! Jangan abaikan penampilan diri kerana berfesyen itu mampu buatkan anda tampak lebih muda dengan potongan baju dan warna yang menarik.
Lebih-lebih lagi untuk mereka yang berhijab, jangan hadkan fesyen hijab dengan tudung sarung sekalipun alasan anda untuk ke pasar. Hey, ke pasar pun harus berpernampilan vogue tau! Tak vogue kalau anda tak gunakan pakaian yang Muslimah Clothing sediakan, ihiks! Jom tengok koleksi baju kami.
Blouse Nami
Untuk koleksi blouse Nami, memang sangat sesuai untuk para ibu kerana mempunyai dua poket bahagian tepi dan menggunakan fabrik Koshibo Crepe. Kalau lihat pada gambar macam pakai jumpsuit tapi sebenarnya tidak. Paling penting, saiz dari XS sehingga 5XL.
Blouse Lace Hanna
Elegan dan selesa! Bahagian lengan kami letakkan lace simpel yang mampu menaikkan seri si pemakai. Kemudian, kami bagi lagi corak silang di bahagian depan. Untuk blouse ni, kami gunakan fabrik Corn silk Crepe And Lace. Paling best nursing friendly!
Blouse Anami
Wudhuk friendly, nursing friendly, mempunyai poket di bahagian depan dan fabrik yang digunakan adalah Bubble Crepe, itulah Blouse Anami. Sangat sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa dan coraknya pula sangat lembut untuk semua wanita.
Amacam tiga jenis blouse yang kami sediakan ni? Tak cukup lagi? Klik saja di sini untuk lihat kepelbagaian jenis Blouse. Nak terus beli pun boleh, ahaks!