Koleksi Jubah & Kurung Mak Dengan Anak Ala-Ala Che Ta!

Koleksi Jubah & Kurung Mak Dengan Anak Ala-Ala Che Ta!

- in Fashion
1192
Comments Off on Koleksi Jubah & Kurung Mak Dengan Anak Ala-Ala Che Ta!

Perasan tak kalau ada majlis apa-apa mak dengan anak mesti pakai baju sedondon. Kalau tak design sama, warna baju mesti sama. Lebih-lebih lagi time raya. Kalau boleh dari raya pertama sampai habis raya nak baju sama dengan anak, ihiks!

Iyalah, dah suami kata malu nak pakai baju sedondon, konon boria lah apa lah. Hakikatnya, itulah yang memeriahkan penampilan sebuah keluarga. Macam pelakon letop kita, Rozita Che Wan, bila tiba raya baju confirm bersilih ganti dan satu keluarga mesti pakai baju sedondon. Meriah kan?

Sumber: instagramrcw

Ya, kami faham nak berpakaian macam Che Ta memang tak dapat lawanlah. Lainlah kalau kita ni datin-datin sama level dengan dia, memang mampulah nak bersilih ganti baju sebulan syawal kan.

Jadi, kita ukur baju di badan sendiri. Jangan terlalu obses sangat dengan ‘standard’ sampai memudaratkan diri. Usya baju yang sedondon dengan harga mampu milik. Dekat mana lagi kalau bukan Muslimah Clothing!

Kalau korang usya pakaian dekat Muslimah Clothing. korang akan nampak ada pelbagai design dan warna untuk si ibu dan anak perempuan untuk berpakaian sedondon. Bukan baju kurung je tau, ada jubah sekali.

Jom kita tengok koleksi baju ibu dan anak di Muslimah Clothing ala-ala Che Ta!

Abaya Azimah

Kalau korang tengok betul-betul pada bahagian corak baju Abaya Azimah ni, korang akan nampak bunga 3D Floral yang buatkan koleksi ni lebih menyerlah dari biasa. Kalau pakai dengan anak perempuan, confirm macam dua beranak bidadari turun dari kayangan.

Jangan risau, saiz untuk design ni ada banyak, korang boleh pilih dari saiz XXS sehingga 5XL. Manakala untuk kanak-kanak pula dari XS sehingga 3XL. Pilihan warna pun sebenarnya bukan ada dua ni je tapi ada lagi banyak! Korang boleh tengok sendiri dekat website Muslimah Clothing.

Kebarung Lasercut Aimi

Design seterusnya adalah campuran kebaya dan kurung iaitu kebarung. Kalau korang perhatikan corak pada kain dan deisgn Kebarung Lasercut Aimi ni, Muslimah Clothing telah menggabungkan element moden dan tradisional.

Oh! Bagi yang tertanya-tanya fabrik apa yang digunakan, jawapannya adalah material dari poly cotton yang selesa dipadankan dengan kain lipat batik dari material dobby. Tak perlu risau kerana korang akan rasa selesa.

Seperti biasa, saiz dari XXS sehingga 5XL dan yang paling penting nursing friendly. Jangan risau, design baju ni memang sesuai untuk budak-budak yang aktif dan selesa nak pakai sepanjang hari.

Abeer

Koleksi ini di datangkan dari 2 versi iaitu Abaya dan Kurung tapi kalau untuk kanak-kanak hanya design baju kurung saja. Bukan apa, kadang-kadang si ibu ada yang lebih gemar memakai abaya. Sarung je! Betul tak?

Oh ya! Kain yang digunakan pula adalah material Royal Satin. Jadi, memang sangat selesa. Macam biasa, akan ada banyak warna dan saiz yang korang boleh pilih. Bukan hanya ada pada gambar ni je.

Cantik kan? Jangan lupa pergi ke website atau instaram Muslimah Clothing untuk lihat pelbagai design baru lagi. Nanti bolehlah raya feeling-feeling bergambar macam Che Ta, ihiks!

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional