Lilit Tudung Pattern Sama Je, Kami Ada Idea Cara Lilit Tudung Vogue!

Lilit Tudung Pattern Sama Je, Kami Ada Idea Cara Lilit Tudung Vogue!

- in Fashion
948
Comments Off on Lilit Tudung Pattern Sama Je, Kami Ada Idea Cara Lilit Tudung Vogue!

Lilit sebelah kiri tak ngam, lilit sebelah kanan dah style macam selalu pakai pula, alahai.. Bukan apaa, tak nak la asyik gaya tudung yang sama je. Kadang-kala nak juga kelainan. Nanti tak ada lah orang kata, asyik fesyen yang sama je lagipun ada sesetengah fabrik tudung tak sesuai untuk menggayakan lilitan yang selalu kita buat.

Itulah perempuan! Bukan mengalami dilema nak makan apa je, dilema ketika nak menggayakan tudung pun ada tau. Untung para lelaki, tak perlu nak memikirkan macam mana nak lilit tudung bagi nampak trendy.

Apa kan daya, nak tak nak memang kena ambil tahu juga sekurang-kurangnya lebih dari tiga gaya tudung dan yang paling penting style lilit tudung ikut perkembangan fesyen terkini. Tak nak la nanti, hidup zaman 2020 tapi gaya tudung zaman 60-an.

Kena nampak versatile tak kira usia kita berapa pun! Tapi itulah, bila dah hari-hari sarung tudung, sampai tak tahu nak lilit gaya macam mana.

Artikel ni sesuai untuk wanita dah ketandusan idea. Kalau kita lihat, ramai barisan pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal yang berhijab menggayakan tudung yang vogue. Siap jual tudung lagi.

Ha, jadikan mereka sebagai fesyen rujukan. Jangan kata dia cantik, pakai apa pun mesti nampak cantik. No! Sebenarnya anda takut mencuba dan kurang keyakinan diri. Sebenarnya semua perempuan cantik!

Jom lihat penggayaan tudung yang famous dan vogue. Mana tahu boleh buat gaya tudung untuk raya kan.

Gaya 1

Pin bahagian tengah tudung macam biasa dan lebihan juraian di bawa kebelakang sehingga kemas macam pelakon Hanis Zalikha. Kemas kan? Tapi, bahagian dada, baju kena la tutup. Jangan terdedah pula, ihiks!

Gaya 2

Dari gambar ni je rasanya anda semua dah tahu kan macam mana nak buat gaya tudung ala-ala Tokti! Pin tengah dan selimpang ke tepi atau kemaskan tudung menggunakan ring tudung di bahagian tengah.

Siapa penggemar tudung bawal, suka lah gaya tudung macam ni. Mudah je! Janji awning tudung onz tak bergelembung.

Gaya 3

Mungkin ada yang merasakan gaya macam Tokti biasa sangat. Cuba tengok gaya tudung bawal dengan selendang pelakon Mira Filzah ni. Cantik kan? Ingat! Kalau nampak pelik tudung yang you guys gayakan tu, It’s ok. Just be confident!¬†

Gaya 4

Seterusnya, bagi yang nak ala-ala gadis Turki, lilit tudung macam Datin Vivy. Mudah dan elegen. Cara pakai tudung ni adalah pin kan je kebelakang dengan kemas seperti memakai skarf.

Kemudian, ikat dan bawa kesemua juraian tudung ke hadapan ala-ala rambut Rapunzel. Jangan terkejut nanti kalau penampilan you guys lebih muda dari usia, ahaks!

Gaya 5

Ha gaya yang terakhir, sangat simple macam kebanyakan wanita muslim gayakan. Palig best untuk gaya tudung ni sesuai untuk daily office dan apa-apa majlis rasmi atau tidak.

Pemakaian tudung ni mungkin pada awalnya agak sukar tapi kalau kita dah terbiasa, silap-silap boleh lilit tudung gaya seuka hati kita nak lilit macam mana asalkan nampak fashionista!

Oh! Lagi satu tip, pastikan tudung plain kalau baju dan seluar dah bercorak. Begitu juga sebaliknya. Bukan apa, takut jadi acac marba nanti kalau dari atas sampai bawah bercorak.

 

 

 

 

 

 

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional