Mudah Bergerak! Jom Cuba Jubah Seluar

Mudah Bergerak! Jom Cuba Jubah Seluar

- in Fashion
707
Comments Off on Mudah Bergerak! Jom Cuba Jubah Seluar

Biasalah, bila dah berada di era serba maju ni, pakaian pun serba moden. Mana design kain, dijadikan seluar. Begitu juga sebaliknya malah, lebih advance lagi corak dan warna yang digayakan dipelbagaikan.

Di Muslimah Clothing, kami juga tak nak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan dunia fesyen. Jadi banyak di butik kami koleksi yang mempunyai pelbagai jenis kain, corak, warna dan saiz.

Gayakan dengan jubah seluar

Kami yakin, kalau korang pergi ke butik atau website kami pasti rambang mata sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Lebih-lebih lagi kebanyakan design yang kami sediakan mesti akan ada sedondon dengan si manja, wah gitchew!

Kali ni, apa yang kami nak ketengahkan adalah jubah seluar. Design ni mungkin ada yang berpendapat tidak sopan untuk wanita muslimah tapi kalau seluar yang longgar, tidak menjolok mata dan tidak ikut bentuk kaki. Boleh je asalkan aurat tutup.

Jubah Seluar Sahara

Jubah Sahara sangat sesuai untuk dipakai sewaktu mengerjakan Umrah dan Haji kerana pattern direka wudhuk dan solat friendly. Lihatlah bahagian baju jubah, labuh sehingga paras lutut.

Untuk pengetahuan anda, Jubah Sahara menggunakan fabrik Cotton kerana sangat sesuai untuk cuaca panas. Lagipun, Jubah ini mempunyai poket sorok di bahagian tepi. Kalau lihat pada bahagian bawah seluar, ada getah seluar yang mencengkam supaya tidak mudah terselak.

Sebenarnya ada banyak lagi jenis jubah seluar yang kami sediakan. Ada lebih kurang 4 design! Untuk dapatkan, jubah seluar ni, klik je di sini untuk terus ke website Muslimah Clothing. Jangan risau, harga semua berpatutan.

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional