Pakai Lengan Panjang Pun Kena Pakai Handsock Ke?

Pakai Lengan Panjang Pun Kena Pakai Handsock Ke?

- in Fashion
1394
Comments Off on Pakai Lengan Panjang Pun Kena Pakai Handsock Ke?

Handsock atau stokin tangan disarung pada bahagian tangan jika lengan baju yang digayakan berlengan pendek. Tapi, ada juga sesetengah wanita yang pakai handsock walaupun baju mereka berlengan panjang. Gusar terselak baju sehingga terdedah bahagian aurat iaitu, pergelangan tangan.

Ini semua kerana Islam mengajar semua kaum wanita muslim menutup aurat seluruh anggota badan kecuali bahagian muka, telapak tangan dan kaki.

Sumber: pinterest

Ubah mentaliti…

Hakikatnya, tak semua wanita mampu berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan. Mungkin mereka beranggapan dah pakai lengan panjang, kenapa nak kena pakai handsock? Atau ada yang tak pernah terfikir pun nak sarung handsock.

Ketepikan mentaliti sebegitu, cuba usaha lakukan perubahan dalam berpenampilan ke arah lebih baik. Lagipun sekarang ni ada bermacam warna handsock, bukan hanya ada warna kulit dan hitam je. So, kalau nak sedondon warna handsock dengan baju, tak jadi masalah.

Pelbagai warna handsock!

Jadi, kami dari Muslimah Clothing ada beberapa jenis warna yang sesuai untuk semua gadis muslimah. Ada warna lembut dan juga terang. Pilih je mana warna yang menarik minat mata anda. Nak beli semua pun tak ada masalah!

Sebelum tu, handsock di Muslimah Clothing material yang kami gunakan adalah Prism Lel. Panjang bagi handsock kami adalah 14.5 inci dan sangat sesuai untuk mereka yang berlengan lebih kurang sepanjang 7 inci.

Cuma, tak dapat dinafikan untuk melakukan perubahan yang drastik dalam diri bukan perkara mudah but its okay girls, at least kita cuba sikit dengan menutup bahagian lengan dengan sempurna. Langkah seterusnya, kita lakukan secara berperingkat. Lama-lama akan timbul rasa untuk menutup aurat dengan sempurna.

Apa pun, kami ingin tekankan, pemakaian handsock bukanlah satu perkara wajib tapi menutup aurat itu wajib. Jadi, tak salah kalau tak pakai handsock kalau you guys mampu menutup aurat sebaik mungkin.

 

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional