Ada yang kata, tak perlu nak bergaya cukup sekadar memenuhi syarat je. Yes betul tu! Tetapi banyak kajian diluar negara mengatakan tentang besarnya impact dari segi pemakaian kita.
Untuk pengetahuan anda, first impression adalah penting dalam menunjukkan personaliti kita, ini kerana mereka akan menilai secara pantas dari segi pemakaian dulu. Jadi, ambil sedikit effort dan masa.
Bukan apa, benda ni bukan sekadar meningkatkan keyakinan diri tapi, memberi anda peluang untuk terus berjaya dalam career. Cuba bayangkan jika pemakaian anda dipuji dengan bos, bukankah itu satu kesan yang baik?
Menurut Nicole Williams dalam satu temu bual bersama Business Insider “the problem with appearance is that it translate to performance, dia mengatakan walaupun orang sekeliling kelihatan seperti tak menghakimi pakaian anda secara lisan tapi percayalah mereka menilai juga dalam fikiran atau hati mereka.
So pilihan di tangan anda sama ada nak bagi good impression atau tak. Kalau nak, jom kita tengok tips untuk bergaya ke tempat kerja! Jangan risau, tak perlu solekan tebal pun.
Color Yang Contras Dalam Pemakaian
Kebanyakannya orang ramai akan memilih warna gelap dan neutral untuk kelihatan formal dalam pemakaian mereka. Sebenarnya tak kisah pun sebab tak semestinya kita perlu ikut standard yang sama.
Kalau anda memakai suit berwarna hitam, anda cuma tambah aksesori seperti gelang dan rantai yang berwarna emas untuk nampak elegant.
Selain itu, kalau pakai tudung cuba padankan pakaian hitam dengan kelabu tak kisahlah shawl atau tudung bawal. Bahagian anak tudung pula sebaiknya pilih warna sama dengan warna tudung.
Sumber: cariangoogle
Jika nak naikkan seri, sarung tudung berwarna merah hati atau kuning mustard untuk menaikan lagi keyakinan diri. Padanan warna ini bukan sahaja menampakkan anda seorang yang suka berfesyen tetapi boleh menceriakan suasana.
Gayakan Fesyen Tudung
Sebenarnya, kalau memakai hijab lagi banyak fesyen boleh digayakkan tapi masih ramai yang malas untuk mengayakan tudung mereka. Padahal untuk mengayakan fesyen-fesyen yang trendy dan menutup aurat tidak memerlukan masa yang lama.
Sumber: freecapik
Kalau kita lihat kebanyakan wanita diluar sana mengenakan tudung bawal yang hanya pin dan menyebar tudung saja ataupun pakai shawl hanya dengan lilitan simple, aduhai! Macam mana keyakinan diri nak ada kalau pakai simple-simple?
Sebenarnya banyak je cara pemakaian shawl atau tudung yang boleh dipelajari menerusi youtube. Cuba luangkan masa sedikit dan beri ruang untuk diri anda mencuba sesuatu yang baru. Paling penting yakin dengan setiap apa yang dilakukan.
Cuba Untuk Bergaya Dengan Heels
Beauty is pain! Tapi janganlah sampai menyakitkan diri sebab terdapat pelbagai jenis heels yang anda boleh gayakan. Kalau nak senaraikan jenis, mungkin dalam artikel yang akan datang.
Kalau anda nak tahu, mengenakan heels berbanding flat shoes akan membuatkan penampilan diri anda terserlah sekaligus meningkatkan keyakinan diri dalam berfesyen bila ke pejabat.
Tukar Blouse Yang Kosong Kepada Blouse Bercorak
Akhir sekali, pemakaian blouse yang bercorak yang dipadankan dengan seluar kosong tak bercorak akan menaikkan aura pada blouse tersebut. Oh! Lagi satu, anda juga boleh mengenakan blouse yang bercorak dengan skirt bercorak memanjang dan menggunakan plain long blazer.
Memang vogue habislah! Confirm bila selangkah masuk ke office, mesti ramai semua akan mata tertancap pada diri anda. Selamat mencuba!