Ramadan sebelum Syawal. Bingkisan kasih for #MCCRaya2017

Ramadan sebelum Syawal. Bingkisan kasih for #MCCRaya2017

- in Behind The Scene, Business, Family, Fashion, Latest
1568
1

Sambut Ramadan sebelum Syawal

Ramadan adalah bulan yang dinantikan. Apabila Ramadan berakhir, hati tertanya-tanya dapatkah bertemu dengan Ramadan yang akan datang.

Itulah yang sering saya dengar ungkapan daripada arwah Bonda apabila hampir menjelang Ramadan. Bila mendengar berita kematian keluarga dan teman terdekat apabila menjelang Rejab dan Syaaban, bonda bermonolog sendiri – Innalillah, tak sempat jumpa Ramadan tahun ni. Mudah-mudahan aku dipanjangkan umur ke Ramadan.

Ya, Ramadan bulan yang dirindukan. Dinantikan. Didambakan.

Kenapa begitu mendalam sekali perasaannya kepada bulan yang mulia ini?

Pasti kerana ianya sangat sangat istimewa. Mulianya Ramadan bukan kerana Syawal. Mulianya Ramadan kerana Allah telah memberi 1001 kelebihan kepadanya. Bila datangnya Ramadan, Allah mudahkan dan menghadiahkan rasa “ringan” untuk melakukan ibadah yang mana di bulan-bulan biasa terasa berat dan sukar. Puasa terasa ringan. Membaca Quran berhelai-helai terasa mudah. Solat di awal waktu juga seperti automatik sebaik sahaja azan berkumandang. Rasa tamak nak bersedekah juga membuak-buak. Masjid menjadi rumah kedua. Indahkan Ramadan? Memang rutinnya sentiasa dirindukan.

MCC Raya 2017

Mantra lebaran kami kali ini sangat istimewa – “Superstar Ready to Raya.” MCC Loyal Fans adalah ‘superstar’ kami. Definisi SUPERSTAR bagi MCC – mudah. Busana yang disarung ke badan bukan asbab menjadi “bintang”. You’re truly a Superstar when you’re comfortable in your own skin, regardless of what size you wear.

 At MCC, we didn’t dictate your style or what you should wear and what not. Our offering is simple. We curated “labuh & longgar” clothing in various styles for you to choose. In other words; we style, you decide. That’s why we are working extra hard, day and night to make sure that we provide endless options for you decide which suits best with your personal style.

Ralph Lauren said – “Style is very personal. It has nothing to do with fashion. Fashion is over quickly. Style is forever.”

For Syawal 2017, MCC is ready to be your personal stylist. We are committed to helping you prepare for Eid early so you can focus 110% for Ramadan. The spirit of – Superstar Ready for Raya – lies in the hidden word – EARLY – because SUPERSTAR knows the value of Ramadan is irreplaceable. With more than 80 looks for #MCCRaya2017 and estimated half of it will be released before May, we are confident MCC Loyal Fans will be more than Ready For Raya!

MCC Shah Alam 4th Anniversary 

Kali ini MCC Shah Alam Anniversary bersamaan dengan tarikh lahir saya yang ke 35. Bertambah usia saya dan bertambah usia MCC; pada waktu yang sama. Saya doakan team MCC pada usia 4 tahun ini sudah mula bertemu rentak yang jitu, mempunyai halatuju yang jelas dan terus menerus menjadi peneman setia MCC Loyal Fans. Mohon doa dari MCC Loyal Fans agar saya dan Nizar sebagai founder MCC diberi kesihatan yang baik dan ilham mencurah-mencurah dari Allah agar dapat memberikan yang terbaik buat MCC.

Pada Anniversary kali ini kami melancarkan 10 koleksi #MCCRaya2017. Tema MCC Raya tahun ini terbahagi kepada 3 – Classic Raya, Casual Raya dan Ethnic Raya. Tahun ini kami banyak mengetengahkan konsep Ethnic Raya yang mana adunan dan paduan elemen tradisional kami terapkan di dalam penghasilkan koleksi Lebaran. Motif etnik dan batik juga kami bawakan setelah “puas” bermain dengan renda bagi menghasilkan koleksi Classic Raya. Casual Raya yang menjadi pilihan utama tahun lalu akan tampil dengan wajah serba baru – sesuai dengan tema SUPERSTAR 2017 tahun ini. Alhamdulillah. Kami yakin dengan pelbagai pilihan yang MCC tawarkan, koleksi Raya kami tidak terhad untuk digayakan pada hari raya sahaja, namun sepanjang masa.

Kami menjemput semua untuk bersama-sama MCC meraikan ulangtahun MCC Shah Alam yang keempat. Banyak tawaran SALE istimewa seperti BUY 2 FREE 1, hadiah PERCUMA buat semua bonda (no purchase needed), makan sarapan dan tengahari PERCUMA dan yang utama, koleksi RAYA 2017 dilancarkan pada harga istimewa. Berikut adalah 6 daripada 10 koleksi yang boleh dimiliki bermula esok di MCC Shah Alam.

 

Tak dapat datang? Kirim sahaja melalui MCC Trustes Personal Shopper.

Kami suka!

 

 

 

1 Comment

  1. HAPPY BIRTHDAY LADY BOS….

    MOGA HIDUP DIRAHMATI ALLAH SELALU DAN MCC TERUS SUKSES!

Comments are closed.

You may also like

#bts MCC ATHLEISURE RAYA

Penghujung Febuari 2017, kami memperkenalkan siri koleksi baru