Raya Untuk Semua bersama Ibu Tunggal Asnaf WITUS

Raya Untuk Semua bersama Ibu Tunggal Asnaf WITUS

- in Behind The Scene, Business, Fashion, Latest
1453
Comments Off on Raya Untuk Semua bersama Ibu Tunggal Asnaf WITUS

833A4938

Bila mana kami ditanya oleh pihak Nona TV3, apa yang membawa kepada perancangan mengadakan Private Raya Preview dan Runway khas untuk Ibu-Ibu Tunggal yang juga merupakan golongan asnaf untuk Lebaran kali ini, kami tersenyum.

2016 adalah tahun ke-3 MCC, dan merupakan tahun ke-4 kami menghasilkan koleksi lebaran. 2013 dan 2014 kami sertai Fashion Runway di Being-Me, PICC yang mana ia dihadiri oleh lebih 3,000 peserta konvensyen Muslimah terbesar di Malaysia. 2015 iaitu tahun lalu, bonda menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu bulan sebelum Ramadhan. Ianya merupakan tahun kesedihan kami. Hampir 3 bulan sebelumnya kami menumpukan perhatian menjaga bonda yang sakit tenat dan waktu itu fokus kami hanyalah kepada menghasilkan koleksi yang lebih banyak dari tahun sebelumnya dan membuka butik baru di Bangi Sentral pada bulan Ramadhan.

2016.

 

potret

Ia harus berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Selalunya Fashion Runway adalah untuk elitis, selebriti, media, fashion buyers, bloggers, instafamous dan  golongan yang berkepentingan kerana itu adalah waktu untuk memukau tetamu, membina brand, mendapat liputan berbayar/percuma dan memberi signal kepada umum tentang status brand. Di dalam industri fesyen, inilah waktu paling peak, paling sibuk dan paling gila. Strategi jualan untuk musim Lebaran biasanya dirancang setahun lebih awal bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

potret belakang

Mengadakan Fashion Runway untuk golongan Asnaf? Ya, sesuatu yang hampir tidak masuk akal. Golongan asnaf ibu tunggal pilihan kami kerana ibu tunggal adalah sesuatu yang dekat dengan hati kami. Kedua-dua bonda kami adalah ibu tunggal yang telah kehilangan suami pada usia anak-anak masih belajar dan masih dahagakan kasih sayang seorang ayah. Kami melihat bagaimana bonda bersusah payah membesarkan anak-anak, walaupun tidak sehingga menjadi golongan asnaf, tetapi bonda berkorban masa, jiwa, raga dan harta untuk anak-anak. Ibu tunggal adalah insan tabah, cekal, meletak kepentingan dan kebahagian orang lain terutama anak-anak melebihi kepentingan diri sendiri. Siapa yang tahu kesedihan, kepayahan, kesusahan ibu tunggal? Mungkin hanya sepasang telekung dan sehelai sejadah sahaja yang menjadi saksi dan mendengar tangisan ibu-ibu tunggal yang mengadu dan merintih kepada Allah.

833A5026

Kami rasakan memilih ibu tunggal sebagai VVIP Runway MCC Raya Untuk Semua adalah pilihan yang paling tepat. Ini adalah masa untuk menggembirakan IBU yang telah banyak berkorban untuk orang lain. Sedar tak sedar beberapa hari sebelum acara berlangsung, saya beberapa kali menitiskan air mata dan sebak bila memikirkan betapa istimewanya majlis ini di hati saya dan saya sangat mengharapkan ianya berjalan seperti yang dirancang.

Alhamdulillah, kami cukup bersyukur dan berbesar hati apabila impian kami ini mendapat kerjasama daripada pihak Nona TV3 yang menyatakan hasrat untuk membuat rakaman ‘story’ ini kerana angle-nya yang unik. Rakaman pertama telah dibuat lebih awal yang mana kami telah pergi mengadakan pertemuan pertama dengan Presiden Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Nur Iman Wilayah Persekutuan dan Selangor (WITUS), Puan Sheila di ibu pejabat WITUS di Batu Caves. Ibu pejabat WITUS sebenarnya adalah rumah beliau sendiri yag beliau gunakan sebagai pusat sehenti, kelas kemahiran, tempat mesyuarat, rumah tumpangan ibu-ibu yang memerlukan perlindungan dan juga tapak perniagaan air kelapa yang diusahakan oleh anak-anak ibu tunggal.

Selesai perbincangan 2 mata dengan pihak NONA dan WITUS. Tarikh dipersetujui bersama untuk sesi MCC Raya Preview dan Runway khas buat warga WITUS ditetapkan pada 26 May 2016 bertempat di MCC Bangi.

Seminggu sebelum majlis, team Bangi telah bertungkus-lumus memastikan kesemuanya berjalan lancar. Dari segi logistik, model, makeup artist, makanan, susun atur kerusi dan baju, doorgift dan perjalanan majlis, semuanya dilakukan secara berpasukan oleh Team Bangi diketuai oleh Puan Aisyah. Debaran semakin terasa dan sehari sebelum majlis tiba, kami berkampung di butik sehingga jam 2 pagi gara-gara masih banyak lagi yang belum selesai.

Khamis, 26 Mei 2016.

833A5003

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Seawal jam 7 pagi team kami telah berada di butik menyambut kedatangan model dan MUA. Model seramai 11 orang yang mana 7 daripadanya adalah model professional, 2 adalah BFF saya sejak zaman sekolah, seorang MCC Loyal Crews dan seorang lagi model import dari MCC Loyal Fans. Sekitar jam 8.30 pagi, 4 model jemputan dari kalangan ibu tunggal WITUS pun tiba. Mereka didandan rapi oleh MUA dan mendapat layan 1st class bak pengantin baru di back stage. Tiap seorang dari mereka mendapat seorang partner dari kalangan model sebagai teman untuk berjalan di runway.  Kira-kira jam 9,30 pagi Team Nona TV3 pun tiba. Mereka terdiri daripada 2 orang TV produser (Nona dan SIS TV3), 2 pengacara iaitu Uyaina Arshad dan Dayah Bakar, seorang jurumekap dan 3 orang krew kamera dan lampu. Puan Azean dari Nona memberikan taklimat ringkas kepada semua berkenaan ‘expectation’ perjalanan majlis pada hari itu.

833A4995

833A4965

Jam 11 pagi, bas rombongan ibu-ibu WITUS pun tiba. Ini adalah signal paling utama – MCC Raya Preview dengan rasminya bermula. Saya, Uyaina, Dayah dan MCC Loyal Crews menyambut rombongan WITUS di muka pintu butik, ala-ala seperti mengajak orang masuk rumah terbuka. Meriah! Warga WITUS kemudian diberi briefing ringkas oleh Uyaina dan Dayah sebelum tetamu lain yang terdiri daripada MCC Loyal Crews dijemput masuk dan mengambil tempat masing-masing.

833A5066

833A5079

 

833A5140

833A5180

Diringkaskan cerita, MCC Raya Preview pun bermula. Runway terbahagi kepada 3, bermula dengan Runway MCC Classic Raya (10 looks), cabutan bertuah, Runway MCC Premium Raya (8 looks), cabutan bertuah dan akhir sekali adalah highlight of the day – MCC Casual Raya yang menampilkan 22 looks.

 

833A5270

Model yang mendapat tepukan extra gemuruh – MCC Loyal Fans Cik Syiqin.

833A5293

Abaya Cloewe of MCC Classic Raya.

833A5299

Abaya Callista of MCC Classic Raya.

833A5337

Salah seorang pemenang Cabutan Bertuah!

833A5383

Koleksi yang mengundang resah ramai – MCC Premium Raya.

833A5407

Lagi MCC Premium Raya.

833A5431

Lana – bedmate saya semasa Tingkatan 1 di TKC dan schoolmate yang sama sehingga A-Level. Bersahabat hingga ke syurga insyaAllah.

833A5737

I’m blessed with gorgeous collegemates 🙂 Thank you Nasya for taking a-day off and be my model!

833A5632

Tak ada yang tak terpegun dengan kecantikan bidadari tersesat di dunia ini. Hehe. Abaya Dorra of MCC Classic Raya.

833A5784-1

Pasangan pertama, si kecil molek ibu WITUS menggayakan Eleanor Blouse dan Skirt Elliot.

833A5835

Usik Si Dayah, model dari Argentina!

833A5801

Anggun menggayakan Kebarung Elsya, pasangan ibu WITUS ketiga.

833A5837

833A5837 833A5845

Pasangan terakhir, Aliaa dan Puan Sheila Presiden WITUS. Tepukan paling gemuruh buat mereka berdua!

4 model terakhir yang keluar berjalan beriringan dengan pasangan Ibu Tunggal masing-masing yang sama-sama menggayakan koleksi Casual Raya yang sama, namun berlainan warna. Pasangan terakhir mendapat tepukan dan sorakan paling gemuruh kerana model tersebut adalah Presiden WITUS sendiri, Puan Sheila!

833A5862

Tangan saya semakin sejuk bak salji kerana giliran saya untuk keluar bertemu hadirin makin tiba. Nak dijadikan cerita, ada sedikit technical glitch yang mana Dayah telah menjemput saya keluar ke front stage lebih awal dari yang sepatutnya (dan saya tidak dengar dan tidak sedar) dan dalam kekalutan itu saya berjalan terlanggar cable laptop di backstage dan nasib baik tak tersungkur kerana sempat berpaut tangan Dayah.. Hahaha. That was like – so me! Anyway, saya selamat daripada lebih malu, thanks to Dayah who always have something funny to say.

833A5908

Now the mic is in my hand. Teringat pesanan Puan Azean, the stage is yours. Tarik nafas, senyum. Bismillah…

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih khas buat Bonda Wan Zaharah, yang datang dari Terengganu untuk bersama kami pada hari ini, kedua khas buat ibu-ibu tunggal WITUS yang sudi menerima jemputan kami ke MCC Raya Preview, dan last but not least, semua MCC Loyal Fans yang sudi melapangkan masa hari ini, terima kasih kerana terus menyokong MCC dan tanpa MCC Loyal Fans kami tidak akan berada di sini.”

Pause.

“Saya ada kejutan istimewa — khas buat Ibu-Ibu Tunggal Warga WITUS yang ada pada hari ini. Kami ingin menghadiahkan setiap seorang — sepasang baju raya daripada koleksi Raya MCC yang kita dah lihat di atas Runway tadi. Selepas ini boleh pilih baju raya mana yang suka, dan bawa bersama balik nanti. InsyaAllah boleh sambut Ramadan dengan tenang, dah tak perlu fikir tentang baju Raya lagi ok!”

833A5909

833A5910

833A5902

Melihat riak tiap wajah warga WITUS di depan saya – priceless. Saya puas. Selesailah misi saya hari itu. Untuk orang seperti saya selaku pedagang baju, dan mempunyai banyak baju, menghadiahkan sehelai baju seorang kepada Ibu-ibu WITUS adalah perkara yang tidak terlalu berat bagi saya. Apalah sangat nak dibandingkan pengorbanan seorang ibu tunggal dari kalangan asnaf, menghadapi hari-hari dengan serba kekurangan, kepayahan dan kejerihan bagi mencari sesuap nasi, membesarkan anak-anak dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa suami di sisi, saya yakin pengorbanan mereka jauh lebih hebat, lebih dasyat, lebih tinggi dan mulia di sisi Allah. Saya doakan mudah-mudahan sehelai baju baru di Aidilfitri memberi cahaya kegembiraan, mengubat luka, memberi senyuman berpanjangan dan kenangan manis lagi istimewa buat setiap ibu tunggal yang Allah pilih untuk bersama kami pada hari tersebut.

***

Sejujurnya, walaupun ini adalah kali kedua saya diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada rakaman segmen untuk Nona, debarannya sungguh luar biasa kerana skalanya lebih besar, melibatkan 15 model runway dan 50 tetamu semuanya adalah tetamu dari luar, menjadikan sesi ini seolah-olah seperti segmen live. Lebih tidak menyeronokkkan ialah saya perlu berada di backstage dan tidak dapat menonton sendiri apa yang berlaku di bahagian hadapan. Namun alhamdulillah pihak Nona menyediakan pengacara majlis yang sungguh awesome! Gabungan Uyaina Juara Nona Manis TV3  dan juga pengacara rasmi Nona musim terbaru bersama Dayah Bakar sungguh menghiburkan dan hadirin tidak berhenti ketawa mendengar celoteh mereka.

833A5116

Sesi rakaman seterusnya diteruskan dengan gelagat memilih baju raya oleh warga WITUS bersama Uyaina dan Dayah. Memang 100% tak kering gusi! Saya pun tak sabar nak tunggu Rancangan Nona ini yang bakal ditayangkan pada minggu ke-3 bulan puasa, 26 Mei 2016, Ahad jam 2 petang. Sekiranya berkesempatan menonton nanti jangan lupa tag kami di Instagram ya :). Saya mohon maaf atas segala kekurangan dan ketidaksempurnaan majlis yang kami anjurkan. Segalanya yang baik dari Allah dan segala kekurangan adalah dari saya, hamba Allah yang banyak berdosa dan leka.

833A5986

Dayah, Mak, myself and Uyaina.

833A6001

Hazra, thanks for capturing all the important moments of ours! (and for wearing Cardigan Madelyn!)

Honestly, MCC Raya Preview is almost impossible without the help of so many people!

  • Bonda Wan Zaharah – the only Mak I have now, for endless doa and support for all our ventures.
  • Anak Bonda Wan Zaharah – a.k.a my partner-in-crime and life-partner and CEO of MCC. Thank you for trusting and always believing in me.
  • MCC Loyal Crews – for working so hard, so sabar (or at least pretended to be! hehe) keeping up with a boss from other planet like me. Thank you Thank you Thank you! Saya doakan Allah murahkan rezeki kalian dan berikan ganjaran paling baik di dunia dan akhirat kerana bersabar dengan saya.
  • Puan Azean of NONA. Known her for over a year. Always warm and calm and welcoming and have something good/nice to comment/say. If I need to sum up what NONA is, it’s her!
  • Friends and family and my Royal Bibik – my support system, my life-line, shoulders to cry on.
  • Puan Sheila , Presiden WITUS – very accommodating and for giving us the chance to collaborate.

Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan!

Lega.

Itu sahajalah yang boleh saya simpulkan setelah selesainya MCC Raya Preview bersama Nona dan WITUS. Terimalah bingkisan kami untuk Aidilfitri kali ini, MCC Raya Untuk Semua!

Kami suka!

833A6000

Model import dari WITUS 🙂

833A5942

My cheerleaders!

833A5954

We did it! Thank you for making it happen girls!

About the author

You may also like

The Journey by MCC

  Saya mempunyai impian yang pelik. Saya pernah