Selamat Hari Lahir Bonda & Kekanda

Selamat Hari Lahir Bonda & Kekanda

- in Family, Latest
4787
Comments Off on Selamat Hari Lahir Bonda & Kekanda

image

2 hari lepas adalah hari lahir arwah bonda ke 61. Allah sayang mak, mak tidak sempat bernafas sehingga ke tarikh itu. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira 6 bulan lebih awal. Di usia 33 tahun saya telah ketiadaan emak dan abah; saya telah kehilangan doa mustajab 2 orang yang paling saya kasihi.

Beberapa minggu lepas, saya dan keluarga hadir ke kenduri doa selamat sepupu yang baru pulang dari Haji. Di majlis itu, abang-abang mak hadir bersama. Salah seorang besan mak membuka cerita.

“Makcik ada jumpa kawan mak kamu masa kenduri. Dia cerita mak kamu ada cakap pada dia – “Saya kalau dapat hidup sampai umur 60 pun dah cukuplah.” Waktu itu mak sudah mula sakit-sakit dan mungkin merasakan kalau sekiranya beliau dapat melihat angka 60 pun sudah bertuah. Meremang bulu roma saya bila mendengar cerita itu.

Allah Maha Besar. Mak memang benar-benar hidup sehingga umur 60 sahaja.

Memang benar kata orang bijak pandai, kata-kata kita adalah doa. Pengharapan kita adalah doa. Sangkaan kita adalah doa.

image
‘Kolam’ ikan hospital yang ditenung tiap hari semasa mak terlantar di ward. Walaupun prasarananya kecil, namun bunyi air pancut itu cukup untuk memberi rasa tenang dan damai tiap kali lewat kolam ini.

Kanser memang tidak mengenal usia. Ada kenalan yang adiknya masih muda belia sudah didiagnos kanser rahim. Bila dikenang, hanya satu perkara sahajalah yang mengubat rasa bimbang di dalam hati iaitu pesan seorang teman baik mak semasa beliau melawat mak di hospital.

“Awak kena faham hakikat sakit. Awak kena yakin, apa sahaja yang Allah beri pada awak, walaupun nampak buruk, ianya adalah yang terbaik. Contoh, mak dapat kanser, nampak kanser tak bagus kan? Tapi sebenarnya itulah yang paling baik untuk mak awak.”

Allah, berat memikirkannya. Kalau ianya mudah dihadam, pasti tiadalah sungutan di dalam dunia. Pasti tiada kemurungan. Pasti tiada kedukaan. Mengapa? Kalau kita dapat benar-benar mengerti hakikat qada’ dan qadar, mendapat yang buruk juga baik, mendapat baik memang baik, pasti kita sentiasa tenang, senyum dan tidak merungut dengan takdir yang ditentukan Allah.

Ya Allah, bantulah aku dan ahli keluargaku untuk sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang tiada.

Ameen.

Selamat Hari Lahir Bonda. Akak akan sentiasa kenang hari lahir mak dan hari mak meninggalkan dunia, sepanjang hayat akak. Terima kasih mak melahirkan akak, akak rindu sangat pada mak.

Oh Kekanda saya juga dilahirkan dalam bulan yang sama. 4 hari lebih awal dari Bonda. Didoakan Allah merahmati usia yang lalu, diberkati usia yang berbaki, dilimpahkan rezeki tanpa sempadan dan menjadi insan yang teristimewa di sisi Allah.

Ameen.

p/s – Kekanda buat SALE BESAR-BESARAN sempena bulan kelahiran. Next SALE pada skala yang sama mungkin bulan 3 tahun hadapan. Tak sanggup tunggu 6 bulan lagi bolehlah shopping sekarang 😉

About the author

You may also like

The Journey by MCC

  Saya mempunyai impian yang pelik. Saya pernah