Tak Perlu Pening! Sarung 3 Jenis Jubah Simple & Nice Ni Untuk Ke Kenduri

Tak Perlu Pening! Sarung 3 Jenis Jubah Simple & Nice Ni Untuk Ke Kenduri

- in Fashion
806
Comments Off on Tak Perlu Pening! Sarung 3 Jenis Jubah Simple & Nice Ni Untuk Ke Kenduri

Mentaliti orang kita bila nak ke kenduri agama atau kenduri kahwin je barulah nak sarung jubah. Sebenarnya semua jenis majlis boleh menggayakan jubah tapi itulah, bila dah malas sangat nak sarung baju kurung, jubahlah menjadi pilihan hati. Lebih-lebih lagi bila mereka yang ada anak, nak melaram pun terhad.

Mana cukup tangan nak siapkan anak lagi, nak siapkan diri kita lagi. Itu yang sampai diri sendiri pun siap ala kadar je. Tapi, takkanlah kita nak nampak biasa-biasa je kan? Nak la nampak vogue mommy! So, dengan adanya design beberapa jubah ni, korang tak perlu nak gigih make up tebal-tebal untuk nampak cantik.

Gayakan pakaian yang mudah sarung iaitu jubah yang simple and nice sebab ia mampu buat penampilan korang wow! Tapi, mesti ramai yang tertanya-tanya ada ke jubah yang boleh buat penampilan kita wow? Maklumlah, warna jubah selalunya terhad. Tak banyak pilihan.

Jadi, jom kita tengok design jubah yang simple and nice! 

Abaya Embroidery Hijra

Siapa yang suka abaya warna gelap and simple je memang sesuai grab Abaya Embroidery Hijra ni. Kalau korang perasan, dekat bahagian kaki jubah abaya ni ada corak dan corak dia bukan printed tau! Tapi corak sulam.

Memang cantik sangat kalau mereka yang nak berpakaian simple untuk pergi mana-mana majlis kahwin atau keagamaan. Seronoknya lagi, abaya ni ada pelbagai warna. Berikut adalah pilihan warna yang ada.

Abaya jennifer

Abaya jennifer ni bukan sebarang plain tau, plain ada ruffle gitchew! Kitaorang faham, kalau jubah kosong confirm fashion boring kan? So, dengan adanya design jubah yang ditambah ruffle pada bahagian bawah untuk menambah keanggunan si pemakai.

Menariknya lagi, Abaya Jennifer ni ada saiz dari XXS hingga 5XL. Tak ada masalah bagi yang berbadan kecil atau besar. Semua jenis saiz ada. Paling penting, wudhu dan nursing friendly untuk memudahkan urusan harian korang. Tengoklah model ni menggayakan dengan padanan Jacket Tokyo , lain macam terus auranya, ihiks!

Abaya Sequin Jemina

Seterusnya abaya sequin jemina dari Material Japanese Fursan and Sequin Lace. Material ni sangat exclusive! Jangan risau, design yang ini tak terlalu sarat dengan corak dan sequin sebab corak yang dihiaskan light-light je.

Tengoklah, pada bahagian lengan dan bawah kaki abaya je. Sarung tudung plain pun dah cukup buat korang nampak ayu dan menarik! Oh! Bagi yang ada anak dan nak mudah untuk mix and match baju, korang pilih je abaya sequin jemina sebab ada saiz untuk kanak-kanak juga.

Wah! Wah! Wah! Rambang gila mata ni bila tengok kesemua warna dan jenis jubah. Ini pun tak semua jubah yang kami paparkan. Bagi yang berminat, kalau korang nak tahu lebih detail, klik je dekat sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Tip: Bila pakai jubah sebaiknya bahagian dalam sarung juga dengan seluar tight. Kalau tak ada, sarung je dengan apa-apa seluar nipis. Bukan apa takut nanti terselak dek angin atau terjatuh, tak la aurat terdedah tanpa sengaja. Kita tak tahu apa akan jadi, cuma sentiasa bersedia je, okay?

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional