Ummul Mu’minin Tahfiz School (UMTAS)

Ummul Mu’minin Tahfiz School (UMTAS)

- in Latest, UMF
881
Comments Off on Ummul Mu’minin Tahfiz School (UMTAS)

UMMUL MU’MININ TAHFIZ SCHOOL (UMTAS)

 

Alhamdulillah, kira-kira sudah masuk bulan bulan ke 10 penubuhan Ummul Mu’minin Tahfiz School. Pada awalnya, ianya hanya angan-angan. Masih teringat lagi Away Day MCC bersama MCC Loyal Crews ke Morib 2 tahun lalu (2013). Ketika merancang fasa-fasa bisnes dan milestone utama MCC, kami sasarkan untuk menubuhkan sekolah Tahfiz sendiri seawal di tahun ke-5 bisnes, namun kita hanya mampu merancang, Allah juga sebaik-baik perancang.

Mengapa sekolah tahfiz menjadi pilihan kami? Kami akan ceritakan di entry senterusnya 🙂

Pada penghujung tahun 2014, kira-kira setahun kemudian, kami didatangi kenalan rapat, yang kami ibaratkan seperti ibu dan ayah sendiri, menyatakan hasrat untuk memulakan sekolah tahfiz. Mulanya terkejut, namun apabila difikirkan, mungkin inilah lorongan dan jalan yang diberikan Allah SWT yang memakbulkan hajat yang sudah lama kami impikan. Tanpa ragu, kami memberikan persetujuan untuk menubuhkannya bersama. Ya, tiada perancangan yang teratur, namun kami redahkan sahaja.

Lokasi bermula kecil dengan sebuah lot rumah kedai di Sri Rampai. Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah SWT yang berbaik hari untuk meyewakan kedainya pada harga yang murah daripada pasaran. Hanya RM400 sahaja sebuah rumah. Sedikit renovasi di buat, ditambah tempat wudhu’, di tambah grill dan beberapa renovasi kecil lain bagi menyediakan tempat yang selesa bagi anak-anak tahfiz.

 

 

Kami juga memaklumkan kepada keluarga, saudara-mara dan rakan taulan. Alhamdulillah ramai yang memberikan sumbangan bagi menjayakan sekolah ini. Ada yang menyumbangkan rehal, kipas, sejadah , peti ais, lampu dan banyak lagi. Akhirnya, selepas kira-kira 2 minggu renovasi dan persedian, sekolah telah bersedia untuk beroperasi sepenuhnya.

 

Sekolah ini bermula dengan 6 pelajar, 2 guru dan seorang penyelia. Alhamdulillah, kini pertambahan pelajar telah bertambah sehingga 15 orang pelajar. Atas pertambahan pelajar ini, satu lagi lot rumah kedai diambil yang terletak bersebelahan dengan lot sedia ada. Ia menjadikan sekolah ini lebih luas dan selesa bagi menampung pertambahan pelajar tersebut.

UMTAS

Para pelajar UMTAS ke rumah kami seminggu sebelum bonda menghembuskan nafas akhirnya.

Mohon doakan sekolah ini melahirkan anak-anak hafizah yang memberi syafaat kepada ibu dan ayah mereka untuk sama-sama masuk ke syurga Allah yang serba mahal tidak ternilai. Mohon doakan juga usaha kecil ini diterima dan diredhai Allah SWT. Didoakan Allah memelihara UMTAS sehingga ke akhirnya.

 

Ameen.

About the author

You may also like

UMTAS – Behind the scene.

Ramai yang bertanya tentang UMTAS, mohon maaf kerana