UMMUL MU’MININ FOUNDATION

 

Setelah penubuhan UMTAS, barulah kami rasakan adanya keperluan untuk mewujudkan Ummul Mu’minin Foundation (UMF). Mengapa? Kerana UMTAS hanyalah sebuah sekolah tahfiz dan pengurusannya tertumpu kepada pengurusan sekolah. UMF pula adalah satu yayasan, yang mempunyai peranan yang lebih besar daripada sekolah.

 

UMF adalah yayasan yang ditubuhkan atas 1 objektif utama, iaitu untuk  menginspirasikan setiap keluarga agar mempunyai sekurang-kurangnya 1 hafiz di dalam keluarga tersebut. 1 Family = 1 Hafiz. UMF akan dijadikan sebagai nadi utama penggerak objektif ini. Cita-cita kami, UMF akan menjadi yayasan yang menguruskan dan menyalurkan dana kepada sekolah-sekolah tahfiz, memberikan biasiswa kepada pelajar sekolah tahfiz, mengadakan roadshow untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain didalam perancangan.

Persoalan seterusnya, mengapa mahu menginspirasikan setiap keluarga untuk 1 Family = 1 Hafiz?

 

Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia. Beliau ditanya: siapa mereka wahai Rasulullah? Beliau bersabda: Ahli Al Quran, mereka adalah keluarga Allah SWT dan orang-orang dekat-Nya

Hadits diriwayatkan oleh Ahmad dan An Nasai dalam “ Al Kubra” serta Ibnu Majah (215), al Hakim (1/556. Lihat: Sahih al Jami` ash Shagir (2165).

 

Inilah hadis yang menjadikan kami mempunyai “soft-spot” kepada para hafiz dan hafizah. MasyaAllah seronok betul sekiranya keluarga kita termasuk di dalam hadis tersebut. Ameen. Namun ini hanyalah 1 daripada berpuluh hadis menceritakan kelebihan-kelebihan menjadi hafiz. InsyaAllah sekiranya berkesempatan, kami akan compilekan pula hadis-hadis yang berkaitan ini, kerana ianya sungguh menarik dan mengujakan sekali.

 

Semoga Allah SWT memilih kita menjadi “keluarga” Allah SWT  atau menjadi asbab bertambahnya golongan-golongan ini. Allahualam.

About the author

1 Comment

  1. assalam.. alhamdulillah.. great program.. great work.. may Allah help n bless all of you.. all the way.. i want to ask if there are any way for people outside to get involve with your foundation?

Comments are closed.

You may also like

UMTAS – Behind the scene.

Ramai yang bertanya tentang UMTAS, mohon maaf kerana