Wallet di mana? Wallet wallet di mana?
“Kes hilang wallet semalam. #Part2
Panjang ceritanya, tapi entah kenapa rasa berat nak kongsi di sini. Mungkin kena peram macam jeruk, baru sedap dikongsi. ?
Pendek cerita, alhamdulillah wallet saya dijumpai tercicir di butik Muslimah Clothing Couture (MCC), Bangi Sentral. ?
Bagaimana ia berlaku?
Hingga saat ini saya tiada jawapan. Padahal tidak keluarkan wallet waktu duduk di kerusi butik. Shopping pun tidak. Mak saja yang shopping sakan.
Mungkin terlalu letih, hingga terbuat perkara luar sedar. Macam kisah di status #Part1. Apa pun, ia tetap kecuaian saya. Saya ambil iktibar.
?????
Cikpuan Misa dan Cikpuan Shima (tiada dalam gambar) menerima jambangan bunga penghargaan
Di sini saya panjangkan ucapan terima kasih kepada dua staf MCC kerana jujur dan amanah menyimpankan wallet saya yang tercicir; Cikpuan Misa (dalam gambar) dan Cikpuan Shima.
Saya cuba keep cool, tapi sebab penat bercampur lega, tumpah air mata ratu di hadapan mereka berdua. Terus peluk kuat-kuat! ???
Syabas kepada pemilik butik MCC, Puan Hafizah dan Tuan Nizar kerana mempunyai staf-staf berjiwa mulia.
I couldn’t thank enough. TT__TT
Terlalu bersyukur.
Saya sangka perlu lalui segala prosedur memenatkan seperti zaman diploma, selepas diragut dulu. Pergi balai, cancel card bank, buat IC, itu ini. Serik.
Sekali lagi, terima kasih MCC.
www.muslimahclothing.com
0% Conventional 100% Muslimah
The tagline suits them well. Syukran. ?
Husna Adnan,
Mode berehat supaya tidak hilang akal pula.”
P/s: Admin mengambil terus perkongsian ini daripada FB Puan Husna Adnan. Alhamdulillah, MCC sangat berbangga dengan sikap amanah #MCCLoyalCrews .Kepada Allah SWT lah segala puji-pujian.