Wanita Hijab, Korang Wajib Ada 4 Jenis Inner Tudung Ni

Wanita Hijab, Korang Wajib Ada 4 Jenis Inner Tudung Ni

- in Fashion
1311
Comments Off on Wanita Hijab, Korang Wajib Ada 4 Jenis Inner Tudung Ni

Tak lengkap gaya seorang muslimah tanpa anak tudung atau lebih dikenali sebagai inner tudung. Sebagai seorang wanita yang menjaga penampilan, pemakaian anak tudung adalah bahagian yang paling wajib untuk memastikan aurat bahagian rambut terjaga, tak bergerak dan tak terkeluar dari tudung.

Walaupun hanya dipakai bahagian dalam tudung tapi keselesaan, warna, fabrik dan pattern anak tudung amat dititik beratkan untuk memberi kekemasan bila memakai tudung. Bayangkan kalau tak selesa sepanjang kita pakai inner, mood boleh turn off! Jangan ingat bentuk tudung tak on point je boleh ganggu mood ye!

Sumber: cariangoogle

Jadi, kami nak kongsikan dengan anda beberapa jenis inner tudung yang boleh didapati dari website dan butik kami. Antaranya adalah..

Inner Dinna

Kalau anda perhatikan gambar anak tudung jenis Inner Dinna ni, ia seakan tudung sarung tapi saiznya lebih kecil dan singkat sehinggakan mengikut bentuk muka dan tengkuk. Material yang digunakan adalah Cotton Spandex.

Saiz  untuk anak tudung ni adalah free saiz so kalau kepala korang besar ke kecil ke, confirm muat! Cuma mungkin kena adjust sikit kalau muka orang terlalu kecil atau besar. Lagi satu, jangan risau, bukan ada satu dua jenis warna je sebab anak tudung Dinna ni mempunyai lapan jenis warna.

Inner snowcap Diana

Seterusnya, anak tudung snowcap Diana. Kami namakan jenis anak tudung ni snowcap kerana pattern snowcap Diana ala-ala snowcap musim sejuk tu tapi tak tebal dan bila pakai rasa sejuk je sebab fabrik yang kami gunakan adalah cotton. So, walaupun cuaca panas, kepala korang tetap berada dalam keadaan selesa.

Macam biasa, Muslimah Clothing tak kan sediakan anak tudung yang satu dua warna je. Kami ada 9 warna untuk jenis anak tudung ni sebab kami faham bila wanita hijab nak berfesyen ni perlukan warna yang kepelbagaian untuk tampil lebih menarik serta memudahkan mix and match warna tudung.

Inner snowcap cross Dyan

Wah! Dengar nama pun kemain cross cross. Kalau korang perhatikan pada gambar, inner snowcap cross Dyan ni, bahagian atas scarf tu mempunyai corak bertindan dan bersilang. Bila pakai anak tudung tu, tak ada la nampak kosong. Lagipun anak tudung jenis ni tengah trend sekarang ni.

Jangan risau, walaupun bersilang dan bertindan sampai 3 lapisan untuk wujudkan corak silang, fabrik untuk anak tudung ni adalah cotton dan korang tak kan rasa panas.

Oh! Untuk anak tudung kali ini kami hanya mempunyai tiga warna sahaja rtapi kalau ada permintaan dari anda untuk kepelbagaiankan lagi warna, kami akan buat warna yang lebih banyak!

Inner Deana

Akhir sekali, anak tudung Deana. Anak tudung ni mungkin ada sesetengah daripada kita menggemarinya walaupun agak sukar untuk pakai. Iyalah, nak kena ikat bahagian belakang. Kalau anak tudung yang lain, cara pemakainnya mudah, sarung je.

Tapi kami yakin, walaupun seidkit rumit pasti ada yang penyukainya sebab bila korang pakai anak tudung akan lebih statik, kedap dan kelihatan lebih kemas. Rambut pun susah nak keluar dari dalam. Untuk Inner Deana, fabrik yang kami gunakan adalah Cotton Spandex dan mempunyai 8 jenis warna.

Rasanya cukup banyak dah kalau empat jenis anak tudung ni ada dalam almari korang. Lagi satu, kalau nak sebut tentang harga, semuanya harga berpatutan iaitu dari RM12 sehingga RM19. Selamat membeli!

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional