Zaman sekarang ni kalau orang nak buat A, kita pun sibuk nak buat A juga. Sampaikan ada yang sentiasa ikut perkembangan trend, kononnya tak nak dilabel ‘ketinggalan zaman’. Memang bagus untuk sentiasa up-to-date tapi, kalau tak mampu nak ikut, jangan paksa dan seksa diri. Just be yourself!
Haa samalah juga dengan peredaran fesyen pada masa kini. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita, pantang nampak orang lain pakai sesuatu yang cantik dan unik, dia pun nak jugak terjebak sekai. Tak dapat dinafikan ramai yang mengubah penampilan daripada tudung biasa kepada gaya tudung yang terpusing-pusing nak melilit.
Sumber: marketinginteractive
Antara yang sering menjadi perhatian ramai wanita of course dalam dunia fesyen hijab adalah Neelofa, Vivy Yusof, Elfira Loy, Hanis Zalikha dan ramai lagilah! Apa saja yang idola mereka cuba bawakan, mesti mereka juga akan cuba perkara yang sama. Misalnya, sekarang ni trend yang cuba mereka bawakan, gaya turban.
Kalau lihat artis-artis wanita Malaysia menggayakan turban memang letops habis! Tapi persoalannya, sesuai ke bagi wanita yang dah berusia ni mengenakan gaya seperti mereka? Jangan tangkap muat je, takut nanti dilabel fashion crime pula. Tak nak la macam tu. Kalau boleh bila kita pakai sesuatu, nampak vogue githcew!
Sumber: youtube
Sebelum tu, korang kena tahu yang pemakain turban ni sebenarnta tak termasuk dalam pemakaina tudung yang betul kerana bercanggah dengan garis panduan Islam yang betul. Seperti anda lihat, bahagian tengkuk dan dada terdedah. Cuma, bahagian rambut saja ditutup.
Jadi, sangat sesuai bagi yang baru mula berjinak untuk memakai tudung. Orang kata, pasang niat dan slowly buat perubahan diri. Betul tak? Lagipun pemakaina turban ni kebiasaanya dipakai bagi mereka yang mempunyai masalah mendandan rambut. Maklum, kita ni perempuan nak berfesyen pun ikut mood.
Bila adanya pemakain turban yang mempunyai tali ikatan panjang, secara tak langsung akan memudahkan si pemakai untuk menggayakan mengikut style masing-masing. Nak buat bunga kat depan ke, kat belakang ke, nak buat sanggul siput bahagian belakang ke apa ke. Ikut suka! Janji lilitan kain beri anda keselesaan untuk bergerak.
Bercakap tentang kain, pemilihan fabrik dan warna juga penting bagi tona kulit wanita. Nanti lilit turban dah kemas tapi disebabkan warna tak kena dengan kulit, terus jadi bahan kutukan. Nak ke? Begitu juga bagi wanita yang sudah berusia, elakkan memakai warna fabrik yang terang kerana warna striking lebih sesuai bagi golongan remaja.
Sumber: 99design
Kalau tak tahu warna apa yang sesuai untik wanita yang lebih berusia, mudah je. Tip paling utama adalah pilih warna pastel kerana warna kumpulan ini membuatkan penampilan korang lebih tampak elegant dan sopan. Kalau rasa lebih sopan lagi, pakai inner turtle neck bagi menutup bahagian leher.
Seterusnya, korang kena pandai mix and match warna baju, selur atau kain dengan warna kain turban. Bagi yang memang berhijab mungkin dah tak ada masalah untuk anda mix and match antara baju dengan tudung. Jadi penting untuk anda menitikberatkan setiap perincian yang anda ingin gayakan.
Kesimpulannya, tak kira lah sama ada wanita muda atau berusia, boleh je kalau nak gayakan turban tapi before that kena pastikan kesesuaian dari segi warna dan corak. Padan ke tidak. Jangan tangkap muat je!