Memang Cantik! Tapi Ada Cara Jaga Baju Yang Ada Lace

Memang Cantik! Tapi Ada Cara Jaga Baju Yang Ada Lace

- in Fashion
1301
Comments Off on Memang Cantik! Tapi Ada Cara Jaga Baju Yang Ada Lace

Baju nikah, baju kahwin atau baju raya yang extra vogue takkan lengkap kalau tak ada sentuhan lace sebab corak kerawang yang timbul pada permukaan kain lace mampu membuatkan baju si pemakai hidup dan memberi aura yang tersendiri.

Tapi mungkin bagi sesetengah daripada kita tidak menggemari kain lace. Kononnya dikatakan fabrik yang mudah rosak kerana lama-kelamaan lace akan jadi berbulu, tercarik atau tercabut. Hakikatnya, punca tersebut adalah berpunca dari kesalahan kita sendiri.

Mesti ramai yang mula dan angkat kening seakan tak percaya. Betul tak? Ha, cuba korang ingat semula macam mana korang jaga baju kain lace tu. Masukkan mesin basuh terus atau dry cleaning?

Kalau mesin basuh, memang silap besar sebab fabrik lace ni agak sensitif penjagaannya.

  1. Elakkan memberus.
  2. Elakkan memerah kain dengan kasar atau kuat.
  3. Cuci menggunakan tangan menggunakan air sejuk.
  4. Elakkan menggosok mengguna satrika yang panas.

Itulah ringkasan mudah untuk memastikan struktur kain lace tahan lebih lama. Nak barang tahan lama, kenalah jaga dengan lebih teliti. Bukan saja kain, tapi semua barang tak kira hati manusia.

Mana-mana yang nak pikat hati mak mertua, hati bakal suami bolehlah usya baju dekat Muslimah Clothing. Klik je dekat sini untuk terus ke laman sesawang kami dan selamat membeli-belah!

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional