Kena Pandai Pilih, Jangan Main Hentam Je! Ini Tip Pilih Lace

Kena Pandai Pilih, Jangan Main Hentam Je! Ini Tip Pilih Lace

- in Fashion
1125
Comments Off on Kena Pandai Pilih, Jangan Main Hentam Je! Ini Tip Pilih Lace

Kebanyakan baju wanita yang kelihatan mahal dan anggun pasti akan ada sentuhan lace. Antaranya printed lace, lace panel, patch lace dan banyak lagi lah. Kalau nak senaraikan memang sampai 3 kali Ramadan belum tentu habis. Tinggi bukan metafor yang digunakan, ha itu maksudnya memang betul-betul banyak jenis lace yang ada.

Bukan apa, kami buka topik lace ini untuk kongsikan dengan anda cara pemilihan lace pada pakaian. Iyalah, tak ada lah nanti you guys main tampal je lace dengan kain. Habis caca marba! Tak nampak dah pakaian tu mahal dan anggun bila seseorang menggayakan design baju tersebut.

Sumber: cariangoogle

You guys kena ingat, bila sesuatu pakaian yang mempunyai sentuhan lace, ini bermakna baju tersebut mampu memberikan seseorang mewujudkan aura fesyen. Jadi, pemilihan mix and match antara lace dan kain sangat penting untuk menghasilkan pakaian yang hidup dan memberi aura pada si pemakai.

Di kesempatan ini kami ingin kongsikan cara memilih lace dengan betul. Nanti tak ada lah lost bila pergi ke gedung pakaian. Cara utama adalah kenal pasti jenis lace, antara lace yang popular dalam kalangan wanita Malaysia adalah…

  1. Border lace.
  2. Lace meter.
  3. Pacth lace.
  4. Lace panel.

Setiap lace ni ada kegunaannya masing-masing. Jom kita belajar sikit tentang lace.

Border lace

Border lace ni selalunya digunakan untuk diletak bahagian hujung kaki baju atau hujung tangan. Sangat sesuai dengan maksud ‘border’  atau bahasa melayu, pinggiran. Basically, lace jenis ni memang letak bahagian hujung-hujung baju sahaja. Contohnya baju yang sering digunakan adalah jenis baju kurung atau baju kebaya.

Sumber: jakel

Lace meter

Sekiranya you all bercadang untuk membuat pakaian yang penuh dengan lace dari atas ke bawah seperti baju tunang atau baju nikah, lace meter sangat-sangat disyorkan. Cukup dua meter untuk membuat penuh satu baju (Tidak termasuk kain ye).

Lace meter juga mempunyai corak yang simeteri, yang bermaksud corak yang sama dan senang dipotong. Terdapat juga lace meter yang coraknya tidak simetri. Malah, lace meter adalah lace yang boleh dipotong mengikut apa yang korang mahukan sama ada semeter, 1.5 meter atau 2 meter.

Sumber: cariangoogle

Oh! Kalau you guys berminat pakaian yang ada lace, terus klik di sini untuk terus ke laman sesawang Muslimah Clothing. Macam-macam pakaian lace kami sediakan untuk anda!

 

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional