Kenali Ciri-Ciri Baju Kurung Pahang Yang Sebenar

Kenali Ciri-Ciri Baju Kurung Pahang Yang Sebenar

- in Fashion
8150
Comments Off on Kenali Ciri-Ciri Baju Kurung Pahang Yang Sebenar

Baju kurung merupakan salah satu pakaian tradisional popular malah, dikatakan sangat versatil, evergreen dan sering menjadi pilihan wanita. Ini kerana selain dari perayaan Hari Raya, baju kurung juga boleh digayakan untuk ke pejabat, menghadiri majlis-majlis rasmi dan keramaian seperti perkahwinan.

Walaupun baju kurung dianggap baju yang paling senang untuk digayakan tak kira bentuk badan tapi sebenarnya fabrik dan jenis material juga dititik berat dalam pemilihan. Selain itu, corak dan hiasan yang ada pada baju pun diambil kira untuk menampakkan si pemakai kelihatan anggun, mahal dan sopan.

Jom kenal baju kurung Pahang…

Dikesempatan ini, kami nak terangkan pattern baju kurung Pahang yang kini kebanyakan pereka fesyen sudah memberi sentuhan moden. Sampaikan dah tak nampak seperti baju kurung Pahang hm, yang sebenarnya bagaimana design yang asli sebelum ditukar?

Untuk pengetahuan anda, terwujudnya baju kurung pahang atau dikenali sabagai Baju Kurung Riau Pahang sebenarnya menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan tapi hubungan politik dan sosial budaya sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terjalin dengan baik sehingga terciptanya potongan pakaian ini.

Ciri-ciri baju kurung pahang

Pada asalnya, potongan kain baku kurung pahang dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung.

Malah, bahagian tengkuk pula baju kurung pahang berkolar tinggi dan amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang di bahagian tengah dada. Rekaan sebegini sangat cantik dipakai untuk wanita yang mempunyai bentuk badan hourglass dan ruler kerana ia menonjolkan lagi bahagian pinggang yang ramping.

Untuk dapatkan baju kurung pahang yang cantik dan menepati ciri-ciri asli, semestinya Muslimah Clothing ada untuk chuols! Harga pun murah-murah je. Untuk dapatkan baju kurung Pahang, klik je disini untuk terus ke laman sesawang kami. 

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional