Sesuai Ke Baju Kebarung Untuk Gadis Petite?

Sesuai Ke Baju Kebarung Untuk Gadis Petite?

- in Fashion
1670
Comments Off on Sesuai Ke Baju Kebarung Untuk Gadis Petite?

Tak dapat dinafikan gadis-gadis asia kebanyakannya memiliki bentuk tubuh yang genit atau omputih sebut, petite. Untuk mereka yang berbadan kecil ni, agak sukar untuk mereka bergaya kerana tak semua baju yang mereka gayakan mampu memberi aura.

Lain dengan gadis yang berbadan tinggi lampai dan berisi. Pakai baju apa pun, semua nampak fit! Tengoklah pelakon terkenal, Neelofa. Pakai baju apa pun, semua onz!

Sumber: instaneelofa

Boleh ke gadis berbadan kecil pakai baju kebarung?

Tapi, bukan bermakna kami nak cakap gadis berbadan kecil ni tak boleh nak bergaya, boleh je cuma ada cara. Mereka perlu memilih pakaian dan aksesori dengan berhati-hati kerana kombinasi yang salah akan menampakkan tubuh mereka lebih pendek daripada biasa.

Persoalannya, gadis berbadan kecil ni sesuai tak pakai baju kebarung? Maklumlah, koleksi model baju kebarung labuh ini tengah menjadi trend dalam kalangan wanita muslimah. Lebih-lebih lagi raya pun nak dekat dah ni. Mana boleh, orang lain cantik, kita biasa-biasa je!

Sebenarnya boleh je sebab kebarung adalah kombinasi antara baju kebaya dan baju kurung yang menghasilkan baju kebaya yang mempunyai saiz baju kurung. Pakaian kebarung bukan kostum Melayu tradisional tapi penciptaan masyarakat Melayu moden.

Baju kebarung ada keunikan tersendiri…

Lagipun, baju kebarung sangat sesuai untuk wanita yang berbadan kurus mahupun gempal. Ciri-ciri yang terdapat pada baju kebarung mempunyai keunikkannya tersendiri. Antaranya, berpotongan longgar dan labuh yang memberi keselesaan, bahkan memperlihatkan gaya sopan dan anggun si pemakai.

Korang mana yang ingin mengekalkan kesederhanaan dan tampil ayu di hari perayaan nanti, kebarung adalah penggayaan yang sesuai dan sempurna kerana dengan ciri bajunya yang labuh dan longgar. Malah, bukan boleh digayakan ketika hari perayaan saja tapi waktu hari bahagia korang pun boleh.

Koleksi kebarung Muslimah Clothing…

Jadi, baju kebarung yang Muslimah Clothing jual pada tahu ini sangat mengikuti perkembangan fesyen terkini. Pemilihan kain dan modelnya juga mengikut mood terkini. Meskipun pada dasarnya baju kebarung tradisional ini menampakkan gaya busana yang moden tapimasih membawa unsur tradisional yang kental.

Lihatlah antara koleksi yang kami ada ni, cantik bukan? Menariknya lagi, kebarung kami bukan kebarung biasa-biasa tapi siap dengan lace sekali. Automatik dapat menyerlahkan keanggunan si pemakai.

Sebenarnya ada banyak lagi koleksi. Kalau nak tengok lebih banyak koleksi Baju Kurung Kebarung dari Muslimah Clothing, klik je dekat sini. Mana tahu nak buat pembelian terus ke, ihiks!

 

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional