Lupakan Design Hipster! Ini Ciri Baju Melayu Yang Betul

Lupakan Design Hipster! Ini Ciri Baju Melayu Yang Betul

- in Fashion
1327
Comments Off on Lupakan Design Hipster! Ini Ciri Baju Melayu Yang Betul

Bila zaman makin moden, dunia fesyen pun apa kurangnya. Berkembang sehinggakan pakaian tradisional melayu diolah sampai nampak pelik. Contohnya design baju melayu bawah ni, katanya baju melayu direka untuk tutup perut.

Sumber: astroawani

Kalau korang nak tahu, pakaian baju melayu tradisional ni terdiri daripada baju teluk belanga dan baju cekak musang. Tak ada design lain ye! Kemudian, dipadankan pula dengan seluar panjang yang sama warna dengan baju dan dilengkapi dengan aksesori samping berserta songkok.

Baju melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau membuat potongan moden, yang juga dipanggil potongan Cina. Lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju iaitu secara disambung terus atau dijahitkan ke bahagian lain yang dinamakan sebagai pesak dan kekek.

Baju melayu teluk belanga

Baju melayu teluk belanga biasanya lebih dikenali di selatan Malaysia seperti negeri Johor kerana dikatakan sejenis pakaian lelaki yang telah direka oleh Sultan Abu Bakar sendiri pada tahun 1866 demi meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.

Seterusnya, untuk potongan teluk belanga, korang boleh lihat pada bahagian leher yang hanya dijahit cara sulaman atau  dikenali sebagai jahitan tulang belut atau insang pari dan dikancing satu butang.

Sumber: glamlelaki

Baju melayu cekak musang

Baju melayu cekak musang anda boleh lihat bahagian design bahagian leher yang direka bercekak tinggi berdiri sepanjang 2.5 cm yang melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya.

Cara jahitan pada leher baju ini pula berbentuk seperti leher baju India yang mana bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Baju Melayu Cekak Musang ini biasanya dipakai dengan seluar dan aksesori seperti sampin, songkok dan tanjak dapat menambahkan kesegakan golongan lelaki yang memakainya.

Sumber: glamlelaki

Koleksi baju melayu Muslimah Clothing

Dua-dua jenis baju melayu sebenarnya sesuai je untuk semua lelaki tapi jom cuci mata koleksi baju melayu dari Muslimah Clothing. Smart kan?

Baju melayu biasanya akan dipakai secara harian seperti menunaikan sembahyang, akad nikah, menghadiri majlis formal, kenduri, ke pejabat atau sekolah pada hari Jumaat kerana baju melayu adalah pakaian adat.

So, kalau you guys berminat nak beli untuk suami, ayah, cik tunang atau adik beradik lelaki, klik je dekat sini untuk terus ke website kami. Mungkin ada yang berminat, korang boleh buat pembelian terus!

Menarik lagi, sekarang Muslimah Clothing sedang buat promosi! Rugi kalau tak grab sekarang, ihiks!

Sumber: glam

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional