Jangan Tahu Sarung Je, Ambil Tahu Jenis Kain Bawah Baju Kurung

Jangan Tahu Sarung Je, Ambil Tahu Jenis Kain Bawah Baju Kurung

- in Fashion
2736
Comments Off on Jangan Tahu Sarung Je, Ambil Tahu Jenis Kain Bawah Baju Kurung

Kain bawah baju kurung adalah kain yang disarung daripada bahagian pinggang sehingga buku lali. Tak ramai yang memberi penekanan pada pattern bahagian kain ni. Mungkin bagi sesetengah daripada mereka, pattern baju dah onz, bahagian kain biasa-biasa pun dah cukup.

Hakikatnya, pattern bawah kain baju kurung main peranan untuk memberi si pemakai kelihatan cantik, elegen dan mempunyai aura. Lagipun kena tahu juga pattern kain yang sesuai untuk jenis baju kurung yang nak digayakan. Bayangkan, pakai baju kurung pahang tapi sarung kain pario. What? Fashion disaster!

Jadi, jom kita kenal pattern kain kurung . Antaranya adalah…

Kain pario

Tak dapat dinafikan kain pario memang cantik bila di pakai oleh mana-mana wanita kerana mempunyai corak renda yang beralun di bahagian tengah. Oleh itu, kain pattern ini dijadikan salah satu pilihan dalam fesyen kain.

Untuk pengetahuan anda, pario mempunyai beberapa jenis kain yang sesuai untuk dijadikan pattern pario. Antaranya, satin, batik dan cotton pantai. Kain ini juga sesuai dipadankan dengan baju kebaya dan atau baju kurung kedah. Kalau siapa pakai tu, memang onz habis!

Sumber: facebook

Kain duyung

Kain duyung menyamai potongan dress A Cut. Untuk pattern ni bukan saja fesyen semata tapi boleh menampakkan si pemakai lebih kelihatan kurus dan tinggi. Siapa tak nak kan?

Tapi jangan salah faham, gadis bersaiz genit bawah 145 cm sangat tak sesuai untuk menggayakan pattern kain ini.

Sumber: cariangoogle

Sebenarnya ada banyak jenis kain yang korang boleh gayakan mengikut fesyen baju kurung. Kena rajin explore dan tanya dengan mereka yang lebih arif.

Kalau nak mudah, beli terus dekat Muslimah Clothing, jenis baju dengan pattern kain memang dah dipilih dengan tepat! Tak payah dah nak pening-pening lagi nak mix and match pattern kain mana yang sesuai. Beli je terus dekat website kami dengan klik je dekat sini okay?

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional