Penghujung Febuari 2017, kami memperkenalkan siri koleksi baru iaitu MCC Athleisure. Ramai yang bertanya – Athlei – what? Yup, it is A.T.H.L.E.I.S.U.R.E. Kombinasi 2 perkataan Athletic + Leisure. Koleksi active-wear (athletic) dan gaya santai (leisure atau casual) yang “dikahwinkan”. Pelik? Tidak. Di Barat, Athleisure wear adalah fashion trend yang mendapat perhatian ramai dan sebahagian daripada “urban lifestyle”. Gaya hidup hybrid yang mana dari gym terus ke tempat kerja atau melakukan aktiviti harian seperti shopping, bertemu pelanggan, menguruskan anak-anak tanpa perlu menukar ke pakaian yang lain. Di sana, trend ini meliputi tight-fitting elastic yoga pants, leggings, zip front or hooded sweatshirts, and slip-on tennis shoes. Trend ini muncul apabila teknologi dalam bidang pembuatan textile berkembang maju dan akhirnya mampu menghasilkan koleksi pakaian sukan yang ringan, menyerap peluh dengan baik dan trendy.
Di MCC, kami mengambil positif perkembangan trend athleisure ini dan mengeluarkan siri MCC Athleisure versi Muslimah yang sesuai digayakan semua Muslimah untuk bersukan atau menjalani aktiviti harian. Kami percaya wanita Muslim hari ini sedar akan kepentingan untuk mempunyai pakaian sukan yang labuh dan longgar bagi memudahkan mereka menguruskan keluarga di dalam dan di luar rumah, terlibat dengan aktiviti kesukanan di tempat kerja mahupun aktiviti riadah di taman-taman awam. Koleksi pertama kami – Azka kini telah diulang lebih 3 kali termasuk penghasilan warna-warna tambahan kerana mendapat sambutan luar biasa dari MCC Loyal Fans. Ini membuatkan kami sedar, Athleisure tidak terhad kepada pakaian sukan, namun ianya adalah “gaya hidup”.
MCC ATHLEISURE RAYA 2017
Bersempena dengan Aidilfitri 2017, kami menghasilkan 7 koleksi khas dengan bayangan jelas di kepala setelah bertahun-tahun berhari-raya iaitu Syawal bukan sekadar berbaju cantik dan tampil segak di pagi raya. Syawal adalah bulan berkumpul adik beradik, bertemu sanak saudara, dan paling utama masa untuk berkhidmat kepada orang tua. Niat “khidmat” itu yang utama yang mana kebanyakan tugasan berkhidmat untuk bonda dan ayahanda adalah di luar daripada ruang lingkup berbaju Raya yang glamor. Ianya tugasan balik tabir. Ianya perlukan pengorbanan dan kesetiaan untuk bekerja extra masa dan extra rajin daripada biasa-biasa semasa musim perayaan. Tugasan mengemas rumah, mencuci halaman, membeli barang dapur, memasak seharian untuk tetamu yang datang bertamu, menunjuk muka manis bila jiran-jiran bonda atau bonda mertua datang beraya, mencuci pinggan – ianya tidak berkesudahan. Namun di sinilah manisnya Hari Raya. Khidmat kitalah yang bakal membanggakan ibu bapa dan memberi 1001 kepuasan kepada mereka berbanding hadiah duit raya. Pulanglah wahai anak dengan memasang niat “khidmat”. Ayahanda dan bonda akan tersenyum lega dengan kepulangan kita kali ini.
Hadiahkan diri dengan MCC Athleisure Raya. Koleksi MCC Athleisure kali ini Raya-friendly dengan sentuhan patchwork yang mewah dan trendy. Siapa kata duduk di dapur tak boleh bergaya kan? Didatangkan dengan pelbagai warna pilihan – koleksi kali ini benar-benar menunjukkan Athleisure yang sebenar – edgy, fun and comfy.
Last but not least, we take care of your “khidmat” clothing – so you can take good care of your parents.
Kami suka!
Shop for MCC Athleisure Series here or visit any of our outlets today.
Request for full Lookbook Athleisure Raya 2017 here.