Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

- in Fashion
1856
Comments Off on Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional orang melayu atau datang dari budaya baba nyonya atau dari negara seberang? Ha, mesti masing-masing baru nak terfikirkan? Kalau tak selama ni main sarung je, ihiks!

Untuk pengetahuan anda, baju kebaya sebenarnya berasal dari negara Arab? Dipercayai kumpulan pedagang daripada negara itu membawa dan memperkenalkan fesyen tersebut ke Nusantara. Kemudiannya disebarkan ke Melaka, Sumatera, Bali, Jawa dan Sulawesi.

Hasil daripada asimilasi budaya sejak ratusan tahun yang lalu, baju ini mula diterima oleh penduduk di kawasan berkenaan. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni. Pakaian yang mirip disebut “nyonya kebaya” diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka.

Kebaya ada banyak jenis?

Kami buka topik kebaya ni kerana baju kebaya sering menjadi pilihan ramai wanita. Lagipun nanti tak adalah chuols tahu pakai je, at least you guys tahu asal-usul busana yang you guys pakai. Serba-sedikit dapat menaikkan tahap keyakinan dan seri dari dalam diri.

Tambahan pula, baju kebaya tidak seperti baju kurung yang wajib menyarungkan kain saja. Busana kebaya boleh dipadankan dengan seluar atau pelbagai jenis kain yang mampu membuat si pemakai kelihatan anggun dan sopan walau digayakan dengan pelbagai cara.

Jadi, kami ingin kenalkan kepada ada beberapa jenis kebaya yang wujud. Antaranya…

  1. Kebaya belah panjang.
  2. Kebaya Kota Bahru.
  3. Kebaya Riau Pahang.
  4. Kebaya nyonya
  5. Kebaya saloma

Malah, kesemua jenis kebaya ni bukan lagi digayakan ketika menghadiri majlis perkahwinan atau makan malam saja tapi mereka turut menggayakan ketika ke pejabat, seminar atau mana-mana perjumpaan tidak formal.

Nampak je pakaian kebaya ni biasa-biasa je tapi bila kita lihat latar belakang busana ni, sebenarnya penuh dengan sejarah. Oh! Kalau you guys terdetik ingin memiliki sepasang kebaya, boleh usha di website Muslimah Clothing, klik je dekat sini okay?

 

You may also like

Memang Cantik! Tapi Ada Cara Jaga Baju Yang Ada Lace

Baju nikah, baju kahwin atau baju raya yang