Sebelum Beli Baju Raya, Kenal Pasti Bentuk Badan Dulu

Mungkin ada pembaca Muslimah Clothing pernah rasa tertipu dengan mana-mana penjual online selepas parcel baju kurung yang dipesan sampai ke rumah tak sama seperti yang dibayangkan.

Walaupun ukuran baju sudah diberikan tapi bukan bermakna itu adalah pilihan tepat kerana setiap wanita mempunyai saiz pinggul yang berbeza dan ada juga bahagian kaki lebih panjang berbanding badan.

Nak tak nak, korang kena tahu juga syarat utama sebelum memilih sesuatu pakaian. Syaratnya, kenal pasti bentuk badan korang sendiri. Bukan mengetahui saiz baju semata kerana lain jenama baju, lain sizing baju mereka.

Mungkin jenama A, korang sesuai dengan saiz S tapi bila dengan jenama Muslimag Clothing, you guys lebih sesuai dengan saiz XS. Ha, daripada tersalah beli apa kata korang kenal pasti bentuk tubuh you guys.

  1. Bentuk ‘Hourglass’ – Merupakan bentuk paling ideal kerana berat seimbang antara bahagian atas dengan bawah tubuh badan seseorang. Saiz bahu dan pinggul juga sama dengan pinggang yang lebih kecil dan ramping. Malah, mempunyai perbezaan ukuran sehingga 10inci!
  2. Bentuk ‘Ruler’ – Seperti namanya, mereka yang berbentuk ruler tidak mempunyai bentuk pinggang ramping yang ketara seperti bentuk badan ‘hourglass’ kerana kebanyakkan ukuran bahu dan pinggul adalah sama.
  3. Bentuk ‘Pear’ – Bentuk tubuh badan ni antara paling mudah untuk dikesan kerana visual bentuk badan kumpulan ini seakan buah ‘pear’. Secara teorinya, saiz pinggul lebih lebar dari saiz bahu.
  4. Bentuk ‘Apple’ – Untuk bentuk badan apple, saiz pinggang mereka lebih lebar dari dada dan pinggul. Menurut kajian yang dijalankan, hasil kajian mengatakan mereka ini mudah ‘naik badan’ dibahagian perut berbanding pinggul. Inilah yang membezakan si apple dan si pear apabila mencari pakaian yang sesuai.
  5. Bentuk ‘Inverted Triangle’ atau Segitiga Terbalik – Mudah saja nak kenal pasti. Berdiri depan cermin dan lihat saiz bahu anda sama ada lebih lebar dari saiz pinggul atau tidak. Kalau ya, tubuh anda dalam kumpulan ini. Selalunya, individu yang memiliki tubuh ini adalah mereka yang gemar bersukan seperti berenang sejak kecil.

Kesimpulannya,  jika badan korang berbentuk pear, maka kekurangan korang adalah dibahagian pinggul tapi aset terbaik di bahagian atas badan. Manakala si apple pula asetnya pula akan bertumpu di bahagian pinggul ke bawah, dada tapi perut merupakan kekurangan yang perlu ditutup.

Jadi, kurangkan pemilihan dan penggunaan corak atau jenis material yang boleh membuatkan bahagian badan yang ingin ‘ditutup’ itu tadi kelihatan menyerlah. Sebaiknya, biarkan ianya dengan warna-warna polos, gelap.

Sekarang ni, tunggu apa lagi? Jom la shopping baju kurung dekat Muslimah Clothing. Kami ada banyak koleksi rekaan baju kurung yang terbaru untuk anda.

Klik je dekat sini untuk terus pergi ke laman sesawang kami. Selamat membeli!