Kun Anta : Be Yourself.

Kun Anta : Be Yourself.

- in Behind The Scene, Fashion, Latest
964
Comments Off on Kun Anta : Be Yourself.

Kun Anta adalah lagu yang akan dinyanyikan anakanda sulung kami pada Majlis Ihtifal Tadika hari Ahad ini. It is a powerful words – Kun Anta (Be Yourself). Tatkala dunia sering mahu menjadikan kita sebagai orang yang berbeza dan menyebabkan kita kerapkali tertipu mahu menjadi sesuatu yang tidak seperti fitrah asal kita.

Inilah lirik lagu Kun Anta yang telah dimelayukan, terima kasih kepada penyanyi asalnya Humood Alkhuder. Baris yang paling saya sukai ialah 5 baris yang pertama.

Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.
Tidak..Tidak…
Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik
Permata kita ada di sini, di dalam hati yang bersinar-sinar
Tidak..Tidak…
Kita bukan di terima orang lain dengan apa yang tidak ada.
Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita.
Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia.
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku.
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yang aku inginkan.
Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka.
Saya tak sabar mahu menunggu Ahad ini, nanti saya kongsikan ya video Kun Anta versi kanak-kanak 6 tahun di blog ini ya :).
November adalah bulan paling sibuk di MCC. Ianya bulan transisi sebelum menghadapi Disember yang mana kami akan mula keluar kembali ke tapak-tapak membuka booth dan kali ini ada 3 event berbeza yang kami sertai pada bulan Disember.
IMG_20151111_202415
Maka, November kami membuat 2 major stock launch sahaja iaitu yang pertama, 13 November, Jumaat (esok) jam 10 pagi. Bertemakan MCC Back 2 Basic Series, alhamdulillah 10 koleksi paling basic yang disukai sepanjang tahun telah kami olah menjadi ‘pakaian ruji’ sesuai untuk digayakan sebagai pakaian harian pada musim cuti sekolah yang bakal bermula kurang seminggu dari sekarang atau pun selepasnya nanti.
MCC Back 2 Basic adalah cetusan idea daripada pemerhatian kami, koleksi yang paling disukai oleh MCC Loyal Fans. These loving and loyal fans of MCC are so in love with 2 of our signature clothing; Abaya Bellerina and Abaya Burberry. Oleh itu, Bellerina dan Burberry – our Abaya of all time kami bawakan sekali lagi untuk siri kali ini.
Mengapa ramai sukakan Burberry dan Bellerina? Saya rasa jawapannya hanya satu sahaja – You’re so comfortable wearing it like nothing before. It feels just right, just you.
Pelik bagaimana ada sesetengah pakaian yang menjadi all-time-fav kita, dipakai berkali-kali walaupun ada sederet baju lain di dalam almari. Cikpuan pernah rasakan begini? Saya sudah biasa rasa begini, dan koleksi kegemaran saya ialah 2 Abaya MCC tahun 2013 – Abaya Bellerina hitam dan Abaya Burberry Purple dan Biru Tua. Itulah baju yang diulang pakai kerana seronoknya menggayakan Abaya tersebut. Tak perlu fikir berkali-kali sesuai atau tidak kerana asalkan badan dan hati senang, tak usah endah orang kata apa kan?
PicsArt_1447230792667
Ok, berbalik kepada koleksi MCC Back 2 Basic, daripada 10 koleksi ini, 6 daripadanya ialah Abaya, 2 Blouse, 1 Palazzo dan 1 Skirt. Terimalah bingkisan dari Team Design kami, khas buat penggemar labuh & longgar semua. Jam 10 pagi esok, 3-hari-harga istimewa khas buat semua.
IMG_20151111_204329
1
2
3
4
5
6 7 8 9 10

Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of others’ opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition.

PicsArt_1447230961097
Kami suka!

 

About the author

You may also like

The Journey by MCC

  Saya mempunyai impian yang pelik. Saya pernah