Saya mempunyai impian yang pelik.
Saya pernah bertanya kepada suami saya soalan yang saya jawab semula sendiri,
“Kalau orang tanya baju MCC ni banyak dipakai ke mana?”
Saya jawab, “Saya nak tengok koleksi MCC ni banyak di pakai ke majlis-majlis ilmu dan masjid-masjid.”
Entah. Saya rasa tenang kalau koleksi MCC ini menjadi pilihan mereka yang cintakan ilmu dan masjid. Sekiranya koleksi MCC dipilih untuk dibawa ke majlis sedemikian, ianya perlu menepati dan menghormati institusi majlis dan masjid itu sendiri. Tak perlu susah payah kata “syariah compliance attire” etc. Saya sebagai individu bertanggungjawab men-design dan meng-approve design perlu memastikan ianya begitu.
MCC The Journey
Dari dahulu lagi saya super-excited nak menghasilkan koleksi MCC Haji dan Umrah. Sudah berapa kali tema khas di-propose oleh in-house designer, sudah berapa banyak sample kami hasilkan, dan sudah berkali-kali team production tanya “bila nak produce ni”, tetapi akhirnya saya put on hold dahulu kerana ada sesuatu yang tersekat di kepala. Haha. Tak keluar-keluar.
Inspirasi banyak saya cedok dari perkongsian gambar MCC Loyal Fans yang membawa koleksi sediada MCC ke Tanah Suci, baik untuk Umrah mahupun Haji. Ramai yang inform kepada Tim Butik MCC yang mereka datang khas nak shopping koleksi bawa ke Tanah Suci. Kalau dengar cerita-cerita begini memang bahagia.
Pengalaman ke Tanah Suci yang lalu juga mengujakan kami untuk menghasilkan koleksi Haji dan Umrah MCC sendiri. Ianya perjalanan spiritual yang sangat istimewa.
Baru tiba di Airport Haji Jeddah, Disember 2007.
Persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci sekiranya bukan pemakai jubah/baju kurung tegar (seperti saya yang lalu pada tahun 2007) memang kalut nak mencari koleksi yang sesuai, kerana pakaian harian saya ialah koleksi yang dibeli di Gunwharf Quays semasa summer sales, TK Maxx, Ebay atau carboot sale zaman undergrad sahaja. Memang tidak Umrah/Haji/Mak Mertua-friendly.
Jadi pada zaman itu pilihan yang saya ada ialah Sri Munawarah Design TTDI kerana tak jauh dari pejabat saya di Bangsar untuk mencari tudung, jubah dan stokin untuk dibawa ke Tanah Suci. (Saya tak pakai stokin juga zaman dulu). Huhu.
Alhamdulillah flashback hampir ke 10 tahun selepas perjalanan dan pengalaman menunaikan Haji kali pertama pada tahun 2007, saya rasa – “It’s time”.
Saya memilih nama koleksi ini sebagai The Journey instead of Haji & Umrah kerana beberapa sebab.
Pertama, secara jujurnya pengalaman ke Tanah Suci adalah sebuah perjalanan yang tidak dapat luput daripada ingatan sesiapa pun yang pernah mengalaminya. Jika mendengar cerita-cerita mereka yang baru balik dari Tanah Suci, memang tak akan lekang dari mulut mereka menyatakan keseronokan berada di sana, ketenangan menjalani ibadah dan kepuasan dapat berdoa meminta apa sahaja di hadapan Kaabah.
Ianya adalah sebuah perjalanan. Bukan destinasi. Selepas 10, 15 atau 40 hari berada di sana, perjalanan diteruskan iaitu pulang ke tanahair.
Di sinilah bermulanya segala pancaroba. Di sinilah baru bermulanya ‘journey’ yang sebenar.
Koleksi The Journey ini tidak terhad atau sesuai ke Tanah Suci sahaja. Namun ianya inspirasi saya daripada perjalanan suci itu. Koleksi The Journey juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah istimewa kepada mereka yang mahu berangkat menunaikan Haji dan Umrah, terutamanya buat keluarga dan teman rapat.
The Journey Part 1 : menampilkan 2 koleksi utama iaitu Abaya Raudhah dan Abaya Burberry Madeena.
Istimewanya Abaya Raudhah ini ialah ianya diperbuat daripada bahan jacquard printed yang sangat sejuk dan sedap dipakai terutamanya pada cuaca panas. Perincian printed lace mewah menjadikan Abaya ini sekali pandang seperti dibeli di Dubai, bukan daripada Malaysia. 🙂
Abaya Burberry Madeena pula adalah Abaya Burberry cutting kegemaran abaya Arab yang saya beli semasa di tanah suci. Bertangan raglan, fully lining Braso yang mewah dan sangat bercirikan Abaya asli dari Tanah Arab.
Inilah buah tangan istimewa MCC buat para tetamu Allah yang ramai akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan Umrah musim cuti sekolah ini.
InsyaAllah banyak lagi koleksi bakal menyusul dalam siri The Journey. Didoakan usaha kecil kami ini dapat memudahkan para jemaah untuk mencari koleksi labuh & longgar, sesuai untuk perjalanan jauh dan menjalani ibadah dengan selesa.