Part I : MCC Turns 3 is all about MOM.

Part I : MCC Turns 3 is all about MOM.

- in Behind The Scene, Business, Family, Latest
936
Comments Off on Part I : MCC Turns 3 is all about MOM.

Mac adalah bulan istimewa. Bukan sahaja ianya anniversary saya meletakkan jawatan selepas 7 tahun berkhidmat di syarikat yang tercinta, ia juga merupakan ulangtahun MCC yang ke-3 dan ulangtahun kelahiran saya yang ke 34.

It’s not our custom to celebrate birthdays or anniversaries but it is always a good reason to celebrate others for a good cause.

Saya masih ingat tahun lalu, semasa hari ulangtahun saya, saya memeluk arwah bonda dan berkata, “Mak terima kasih kerana melahirkan akak 33 tahun dulu. Maafkan dosa-dosa akak pada mak ya.” Itu sahaja ucapan yang sesuai saya ungkapkan kepada mak kerana tanpa mak, tiadalah kita. Mak tika itu sudah sangat sakit. Tidak sampai 2 bulan selepas itu mak pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tahun ini, tiada lagi tubuh yang bergelar emak untuk saya ungkapkan ucapan yang sama. Sekejap sahaja Allah pinjamkan bonda kepada saya. Namun saya akur ada yang mungkin tidak pernah mengenali bonda sendiri kerana telah diambil Allah lebih awal.

I believe birthday is all about mom (and Dad if you’re lucky to have both). Anniversary MCC yang ke-3 tahun ini berkait rapat dengan arwah emak. Begitu juga keputusan saya berhenti daripada makan gaji 2 tahun lalu. Emaklah orang yang tidak tidur lena memikirkan tentang saya dan keluarga. Maklah yang banyak meluangkan masa bersama anak-anak di waktu saya sibuk menyelesaikan tugasan yang tak pernah habis di MCC. Maklah tulang belakang MCC, melawat tapak MCC di MoodRepublik PWTC, membawa rakan-rakan surau beliau ke butik MCC untuk bershopping dan suka menggayakan koleksi MCC ke mana-mana. Bukan itu sahaja, mak juga sangat suka mendengar perbincang saya dengan supplier jika supplier datang ke rumah dan memberi komen kira perlu. Mak sangat-sangat mendukung MCC secara sedar atau tidak sedar dan itulah kekuatan saya waktu itu.

Bulan-bulan terakhir sebelum kami memulakan UMTAS, mak sentiasa bersama kami meeting malam-malam selepas solat Isya’ di surau. Banyak pandangan mak yang kami ambil kira. Beliau sangat-sangat gembira kerana MCC menjadi sebahagian daripada penubuhan UMTAS kerana beliau juga seperti saya dan suami, ada ‘soft-spot’ kepada mana-mana usaha membangunkan Pusat Tahfiz. Cuma seperkara yang mak tidak sempat lakukan ialah melawat UMTAS itu sendiri. Beliau tidak dapat melihat di depan mata bagaimana rupanya UMTAS, hanya gambar dan lawatan anak-anak dari UMTAS semasa beliau sakit sahaja yang sempat beliau rasai.

Saya tak perlukan wang ringgit mak untuk membiaya modal MCC kerana MCC hanya bermula dengan apa yang ada di tangan sahaja. Saya juga tak perlukan waktu mak untuk ke sana ke mari menemani saya kerana mak sibuk dengan kuliah pengajian pagi dan petang di surau. Saya hanya perlukan doa mak dan redha mak dengan apa yang saya usahakan. Kerana saya tahu jauh di sudut hati paling dalam mak masih rasa selesa dan suka jika saya makan gaji. Ia lebih selamat, tiada risiko, masa depan yang mungkin cerah kerana saya suka dengan kerjaya saya dan menenangkan jiwa mak. Cuma jiwa saya sahaja yang tidak tenang.

Namun saya tahu hati yang perlu digembirakan paling utama adalah mak. Saya mahu mak tahu saya boleh berjaya di MCC, sama macamana saya boleh berjaya di tempat kerja lama. Saya wajib buktikan kepada mak yang saya boleh menyenangkan mak lebih lagi dari sebelumnya. Dan mak tak perlu bimbangkan anak mak lagi, saya hanya perlukan doa mak sahaja.

Alhamdulillah. Allah izinkan saya lakukan semua impian saya untuk mak sebelum mak meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Saya doakan mak tenang di sana. Akhirat memanglah tempat rehat yang abadi kerana dunia ini tempat kita bekerja paling keras dan mudah-mudahan Allah kira sebagai amal baik di sana nanti. Saya doakan setiap butir huruf yang keluar daripada mulut-mulut pelajar UMTAS sampai sebagai pahal amal jariah buat mak dan abah saya.

Hanya pada Allah saya mohon agar tidak menyimpang dari niat asal memulakan bisnes dan UMTAS. Mohon sama-sama doa Tuan Puan yang baik lagi soleh dan solehah agar Allah pelihara MCC dan UMTAS hingga ke akhirnya.

Mohon maaf kerana mengambil sedikit masa untuk mencoret catatan ini. Janji saya Jumaat lalu namun tak kesampaian kerana urusan dunia yang tidak putus. Saya mohon maaf dan insyaAllah saya akan kongsikan berkenaan Part II : MCC Turns 3 di emel yang akan datang.

Bersama 2 bonda saya dan 2 anakanda. Arwah mak yang paling kanan.

Terima kasih kerana sudi membaca nukilan novel saya 🙂 Jangan lupa untuk buka email dari MCC minggu ini kerana ada berita baik untuk semua bonda sempena MCC Turns 3! Saya suka!

Salam mesra,
Azie of MCC
MuslimahClothing.com
Your Labuh & Longgar Specialist

 

About the author

You may also like

#bts MCC ATHLEISURE RAYA

Penghujung Febuari 2017, kami memperkenalkan siri koleksi baru