Part II : MCC Turns 3 is a family affair.

Part II : MCC Turns 3 is a family affair.

- in Behind The Scene, Business, Family, Latest
1117
Comments Off on Part II : MCC Turns 3 is a family affair.

Part 2 : MCC Turns 3 is a family affair.

Assalamualaikum warahmatullah Cikpuan yang dirahmati Allah,

Janji saya nak cerita bahagian 2 kesinambungan kepada Part 1: MCC Turns 3 is all about MOM. Untuk seseorang seperti saya yang tidak mempunyai bonda kandung sendiri, ada terbit rasa pedih dalam hati kerana saya mahu berikan lebih lagi buat arwah mak sewaktu beliau masih hidup. “People say you don’t know what you‘ve got until it’s gone. Truth is, you knew what you had, you just never thought you‘d lose it – that soon!”

Saya kehilangan abah pada tahun 2005 semasa tahun akhir di University of Southampton (Soton), UK. Tika itu, malam Jumaat, satu minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Masih ingat tika mendapat panggilan telefon dari jiran yang juga teman rapat mak yang bercakap sebaris ayat sahaja, “Fizah, Abah dah habis.” Beliau adalah Chinese Muslim, maka perkataan ‘habis’ yang digunakan. Bingung sekejap waktu itu kerana ayatnya begitu sahaja. Mungkin kerana telefon jarak jauh Malaysia-UK, Makcik tersebut terus letak telefon. Abah pergi dalam keadaan mengejut, hanya demam 2 hari sahaja.

Saya memaklumkan kepada sahabat-sahabat rapat di Soton dan pegawai yang menjaga pelajar Malaysia yang saya mahu ambil the earliest flight to KL same day. Waktu itu saya seperti nekad mahu ambil a year off. Biarlah tak grad tahun tu pun tak apa. Dalam pesawat, saya menangis sepuas hati. Sebab saya tak mahu menangis depan mak dan ahli keluarga lain. Flight MAS London – Kuala Lumpur mengambil masa hampir 13 jam. Dari KLIA, sepupu menjemput saya dan kami terus pulang ke rumah saya di Sitiawan.

Saya tiba pada hari Jumaat malam Sabtu kira-kira jam 11 malam. Tidak sempat melihat jenazah abah. Abah telah selamat dikebumikan siang Jumaat. Masa saya sampai, rumah penuh dengan saudara mara yang bermalam bersama, hampir kesemuanya telah tidur kepenatan. Saya masih ingat lagi posisi mak tidur waktu itu di atas lantai, di ceruk almari TV. Saya mengejut emak bangun dan terus memeluk mak erat-erat. Tiada kata-kata yang keluar.

10 tahun kemudian, giliran bonda dijemput Ilahi.

Fast forward ke hari ini. Cara kerja saya samada semasa di TNB mahupun kini mengemudi MCC banyak dipengaruhi oleh sifat bonda yang agresif dan ayahanda yang sangat artistik dan sukakan seni. Mendapat pasangan hidup yang financially wise dan street smart menjadikan alhamdulillah satu pakej yang tidak 100% lengkap tapi cukup untuk memulakan perniagaan. Skill lain yang tidak kami kuasi didukung sepenuhnya oleh MCC Loyal Crews.

Abah tidak sempat melihat saya graduate, merasa duit gaji pertama saya atau sempat saya bawa bercuti menaiki kapal terbang. Ya, saya orang pertama dalam keluarga yang menaiki pesawat. Namun karisma Abah sangat saya kagumi. Beliau sangat jujur dan iklas bekerja. Bonda, merasai ketiga-tiga perkara di atas namun pergi pada usia yang saya kira masih muda, 60 tahun.

MCC berusia 3 tahun ini saya doakan menjadi amal jariah mereka berdua yang bersusah payah membesarkan saya. Dedikasi buat bonda yang yang telah melahirkan saya 34 tahun lepas pada 25 March ini, saya mahu **hadiahkan kepada semua bonda yang hadir ke MCC Shah Alam Sabtu ini sehelai Shawl terbaru MCC, setelah hampir setahun MCC tidak menghasilkan sebarang shawl terbaru.

Akhir sekali, saya dengan besar hati menjemput Cikpuan sekeluarga datang memeriahkan sambutan MCC 3rd Anniversary Sabtu ini di MCC Shah Alam. Kami juga mengadakan Grand Opening venture terbaru kami – MCC House of Hijabs (MCC HoH) di mana di dalamnya ada 7 brands yang menghasilkan syariah compliant hijabs. MCC HoH ini terletak di lantai 2 MCC Shah Alam yang mana sebelumnya merupakan Butik TULIP.

Permintaan terakhir saya, mohon bawa bonda bersama ya. Dan boleh izinkan saya peluk bonda Cikpuan?

Saya rindu bonda.

Salam mesra,
Azie of MCC
MuslimahClothing.com
Your Labuh & Longgar Specialist

p/s: **Hadiah shawl buat bonda – ambil gambar di photobooth kami dan upload di IG mahupun Facebook dengan #MCCTurns3 #ItsAllAboutMom. Tunjukkan kepada MCC Loyal Crews dan Bonda boleh memilih mana-mana koleksi Shawl MCC terbaru yang dilancarkan. Tiada sebarang pembelian diperlukan.

p/s/s: Menu Sabtu ini Nasi Lemak, Mi Kari dan Cendol. Suami pasti suka 🙂

 

About the author

You may also like

#bts MCC ATHLEISURE RAYA

Penghujung Febuari 2017, kami memperkenalkan siri koleksi baru