Berfesyen Ni Kena Berani! Sarungkan Kain Kurung Lain Dari Yang Lain

Berfesyen Ni Kena Berani! Sarungkan Kain Kurung Lain Dari Yang Lain

- in Fashion
904
Comments Off on Berfesyen Ni Kena Berani! Sarungkan Kain Kurung Lain Dari Yang Lain

Baca je tajuk dah buat kita terfikir tak cukup berani lagi ke pakai baju kurung yang merelip penuh labuci siap beropol kiri kanan? Belum lagi part corak sampai ke belakang baju lepas tu tudung lilit terletak siap material kain shining, fuh!

Tapi itu lah semua tu fesyen orang ramai dah buat. Takkan lah nak ikut apa orang lain pakai. Orang putih kata, be different, people will spot on you, gitchew!

Cukup tengok macam artis Malaysia yang berani berfesyen, Scha Al-Yahya, Neelofa dan Rozita Che Wan memang berani habis! Sampai mereka kelihatan cantik, berani dan lebih berkeyakinan walaupun pakaian mereka sedikit pelik.

Jadi Muslimah Clothing ada menyediakan baju kurung yang lain dari lain dari design yang lain. Macam mana yang berbeza tu? Jom kita tengok…

Kurung Pearl Lace Adila

Kali ini kami padankan mini kurung dengan style skirt pario. Bagi yang tak tahu apa itu kain pario, kalau tengok dari gambar yang kami tunjukkan dekat bawah, ia bercorak lipatan di bahagian depan dan sedikit terangkat.

Cumanya versi MCC lebih muslimah friendly. Kain yang di lipat bahagian depan kami tambah perincian pleated dijahit khas satu persatu supaya tak terangkat dan terselak. Memang nampak simple dan glamourous. So, memang nampak sopan dan bergaya. Tak berkepuk dekat atas, berkepuk dekat bawah, ihiks!

Embroidery floral lace Abeela

Untuk koleksi ni lebih istimewa sikit dari koleksi yang lain sebab kami letak penuh lace depand dan belakang kemudian, bahagian kain pula kami padankan dengan flare cut skirt. Selalu kalau kain kurung lepas kosong je kan?

Ha Embroidery floral lace Abeela ni ada sedikit ropol ala-ala skirt. Nanti bahagian tudung pakai simple je dah nampak menyerlah! Lebih-lebih lagi kalau pakai pada waktu raya pertama. Memang kuurrlass!

Kurung Lace Pleated Ruffle Adra

Setakat ni koleksi Adra lah nama yang paling panjang untuk design Raya Muslimah Clothing. Apa yang istimewanyanya kali ni adalah kami tampilkan pleated skirt yang dipadankan dengan ruffle ala-ala kelopak bunga dibahagian keliling kain.

Kalau masih binggung lagi macam mana design yang kami cuba sampaikan tu, cuba tengok extra detailing pada gambar yang kami sediakan ni. Mungkin dari gambar, korang boleh dapat aura lain daripada yang lain. Jangan risau, pelik tu lah nanti akan nampak diri anda lebih berani dan berkeyakinan dalam berfesyen.

Satin Lux Azila

Untuk koleksi Azila ni kami perkenalkan jenis fabrik kain yang baru iaitu Salvatore Satin Lux. Kepada pembeli setia Muslimah Clothing mesti korang tahu dulu-dulu MCC gunakan Royal Satin.

Cuma untuk tahun ini kami gunakan fabrik lain sedikit untuk beri wajah baru kepada si pemakai. Jangan risau, material kali ini lebih selesa, cantik, tidak terlalu shiny dan tak terlalu matte.

Tengoklah tu, siap kami design ropol-ropol keliling dua lapis untuk tak nampak bosan pada hari raya nanti.

Kami dah sediakan 4 design kain kurung yang berbeza. Tinggal korang nak buat pilihan je. Oh! Untuk kesemua design yang kami sediakan ni, ada pelbagai warna dan saiz.

Daripada warna lembut kepada warna terang dan daripada saiz budak sehinggalah 5xL saiz dewasa. Takut nanti you ols la mata rambang tak tahu nak pilih yang mana, ihiks! 

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional