Coretan Istimewa : CEO & COO MoodRepublik

Coretan Istimewa : CEO & COO MoodRepublik

- in Business, Guest Writer, Latest
1893
Comments Off on Coretan Istimewa : CEO & COO MoodRepublik

MEMBINA EMPAYAR BISNES UMPAMA MENJANA TAMADUN GEMILANG

Setiap orang pasti mengimpikan kejayaan dalam hidup mereka. Yang beza antara individu mungkin definisi kejayaan itu sendiri.  Bagi sesetengah orang kejayaan adalah dalam bentuk fizikal seperti hartanah, kereta mewah, tanah ladang dan sebagainya. Ada juga yang idamkan kejayaan dalam bentuk pencapaian, mungkin dari segi pelajaran, perkerjaan, kehidupan berkeluarga dan macam macam aspek lagi. Dan majoriti kita ada keinginan untuk berniaga. Kerana kita tahu untuk mencapai tahap selesa dalam hidup atau bahasa paling senang ‘nak kaya’, 9/10 cara adalah melalui bisnes. Dan itulah sabda junjungan kita Muhammad S.A.W.

 

Tetapi anda perasan tak ramai yang syahid di tengah jalan. Belum apa pon lagi dengar dengar dah bangkrup! Sudahlah baru 1st time cuba nak berniaga, modal dah berhabis puluh puluh ribu, bukan setakat simpanan sendiri, habis yang semua ahli family pon lesap. Maka sudahnya terus taubat nasuha tak nak berniaga lagi. Cukuplah hidup biasa biasa, hujung bulan dapat gaji, hujung bulan jugaklah gaji habis bayar hutang. Tak gitu??

 

The moment anda jejak kaki ke dunia bisnes, umpama anda serah diri masuk ke medan perang. Perang bukan dalam erti kata anda berperang dengan pesaing. Tetapi istilah perang yang sebenar adalah perang dengan diri sendiri. Berperang dengan suara kecil diri anda. Suara kecil yang selalu muncul terngiang ngiang di saat anda jatuh, di saat anda susah. Mula mula perlahan tapi lama kelamaan dia akan nodai dan kuasai jiwa & minda anda. “Susahlah….”, “Tak bolehla..”, “Aku memang takde bakat berniaga laaaa…”. Pernah dengar??

 

Anda sebenarnya boleh jadi juara di medan perang, andai anda ada 5 perkara ni: M.E.S.T.I.

 

M: Mentor

E: Elmu – Emosi + Ilmu

S: Sistem

T: Tindakan

I: Impian (Big WHY anda untuk berjaya)

 

Mood Republik asas terasnya adalah 5 elemen ini. Kami bersyukur dipertemukan dengan mentor, Tuan Haji Dr. Azizan Osman. Terlalu banyak ilmu yg kami dapat dan teroka sepanjang 1 tahun bersama beliau sehingga sekarang. Dengan ilmu, walau dicampak ke lautan mana pon, waimma halangan apa pon yang menerjah, anda pasti gagah berdiri seperti sang perwira.

 

Mood Republik telah mencecah usia setahun Ramadhan yang lalu. Fenomena luar biasa cetusan Mood Republik tidak langsung kami jangka. Tapi itulah percaturan Allah. Mood Republik bukan sekadar festival “huha huha” biasa biasa. Mood Republik bukan sekadar beri platform terbaik kepada usahawan bumiputra, tetapi telah membawa satu ledakan dalam membangunkan ummah.

 

 

Setakat hari ini hampir RM700,000 sumbangan telah diinfakkan kepada institusi kebajikan dalam dan luar negara, menjangkaui hingga ke Kemboja. Mood Republik telah bantu pembinaan Madrasah An-Nur Kemboja. Di Malaysia, penerima terbesar sumbangan adalah Yayasan Al-Ijabah kelolaan YBhg. Ustaz Amin. Yayasan Al-Ijabah menaungi Rumah Perlindungan HIV Muslim pertama di Malaysia, Rumah Anak Yatim & Asnaf, dan juga Maahad Tahfiz Sains Al-Quran Al-Amin yang terletak di Puchong. Alhamdulillah setakat ini lebih RM200,000 telah disalurkan dan Maahad Tahfiz Sains Al-Quran Al-Amin telah hampir siap fasa pembangunan. Wang ini adalah hasil sumbangan ahli keluarga usahawan Mood Republik di setiap penghujung festival. “The Power of Giving”, itulah konsep yang kami sentiasa bawa dalam mana mana festival.

 

 

Jika anda terima cabaran membina empayar bisnes seperti menjana sebuah negara tamadun, apply dalam setiap inci perniagaan anda, Insyaallah semuanya akan jadi mudah. Bisnes adalah kita membantu menyelesaikan masalah orang. Seperti membina negara dan tamadun, sentiasa berpandangan luas, bercita cita besar. Andai anda berjaya membina empayar, tidakkah lebih ramai insan yang anda boleh bantu? Bukankan ramai yang anda boleh bantu dan jadi sumber inspirasi untuk mereka ubah hidup dan berjaya?

 

M.C.C telah menjadi ahli keluarga usahawan Mood Republik sejak mula lagi. Mengenali brand M.C.C sebagai usahawan positif dan agresif membuatkan hati kami sentiasa ingin melihat brand ini terus menempa nama. Dan itulah yang kami saksikan sekarang. Doa kami sentiasa titipkan agar M.C.C terus mengorak langkah membina empayar. Semoga blog MuslimahClothing.com memanfaatkan dan menjadi sumber inspirasi usahawan muda yang sentiasa dahaga. Dahaga ilmu, dahaga inspirasi.

 

Salam sayang dari CEO & COO Mood Republik. Akhir kalam, terimalah halwa pembuka blog istimewa ini. Sisipan istimewa Mood Republik Tour Penang 2015.

 

Assalamualaikum.

 

 

About the author

You may also like

#bts MCC ATHLEISURE RAYA

Penghujung Febuari 2017, kami memperkenalkan siri koleksi baru