Jangan Ingat Ada Long & Short Dress Je, Jom Kenal Midi Dress!

Jangan Ingat Ada Long & Short Dress Je, Jom Kenal Midi Dress!

- in Fashion
637
Comments Off on Jangan Ingat Ada Long & Short Dress Je, Jom Kenal Midi Dress!

Midi dress atau long tunic adalah sejenis dress wanita yang bercirikan panjang kebawah sehingga bawah lutut dan masih berada diatas mata kaki. Untuk jenis dress jenis ni,  selalunya kaum wanita pakai ketika keluar makan malam atau menghadiri majlis perjumpaan tidak formal.

Jaranglah pakai untuk majlis formal sebab penampilan si pemakai akan kelihatan santai dan bersahaja melainkan material kain yang digunakan mampu beri si pemakai aura menyerlah. Bergantung pada corak dan design midi dress.

Midi Dress sesuai juga untuk gadis berhijab

Mungkin ada di antara kita rasa midi dress ni hanya untuk wanita tidak berhijab sebab terdedah di bahagian bawah. No! Jangan hadkan fesyen walaupun anda berhijab kerana dunia fesyen sangat luas. Tak percaya?

Jom kita tengok koleksi midi dress yang ada di website Muslimah Clothing. Semuanya cantik dan selesa!

Dress Medi Slit Savannah

Material yang digunakan adalah Koshibo Crepe dimana fabrik kain mampu membuat anda selesa dan mudah jaga. Bahagian tengkuk pula tidak terdedah kerana design round neckline, so senanglah nak menggayakan pelbagai jenis tudung.

Menariknya lagi, medi slit savannah ni mempunyai poket bahagian depan dan breastfeesing friendly. Oh! Kalau pakai dress ni, jangan lupa pakai seluar untuk menutup bahagian belahan tepi bawah dress. Tak kisahlah nak pakai seluar palazo, jeans atau skinny. Ikut keselesaan you guys okay?

Dress Medi Slit Nicole

Untuk corak kain medi slit nicole ni kami gunakan sentuhan chic minimalis. Corak simple yang memenuhi permukaan dress tapi si pemakai tak akan kelihatan sarat dengan corak. Jangan risau.

Material dan design kali ini, kami gunakan material yang sama seperti medi slit savannah iaitu Koshibo Crepe kerana kami tahu tak ramai wanita ada masa nak menggosok pakaian, ihiks! Design pula, kami berikan sentuhan sama je seperti dress slit savannah.

Dress Medi Checkered Shima & Shira

Seterusnya, dress midi yang mempunyai ruffle bahagian bawah. Dress jenis ini mempunyai dua jenis iaitu dress Medi Checkered Shima dan Shira. Kalau lihat pada gambar, bahagian atas adalah Shima dan bawah adalah Shira.

Perbezaan bagi kedua jenis dress ini adalah satu yang bercorak, satu lagi tidak tapi kedua-duanya mampu membuat si pemakai kelihatan elegan dan sopan. Janji sarung warna seluar yang sesuai dengan pilihan midi dress anda.

Cantik dan unik bukan? Bukan seperti dress flowy panjang yang lain. Design Muslimah Clothing ada keunikannya tersendiri. Oh! Untuk lihat pelbagai design menarik, klik je kat sini untuk terus ke website Muslimah Clothing okay?

Selamat memilih!

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional