Hujung minggu yang ditunggu akhirnya tiba. Ramai menggunakan masa ini untuk keluar bersama keluarga, membeli barangan rumah dan menguruskan hal peribadi. Tapi bila nak keluar, nak pakai baju apa ek? Tak kan la cardigan je? Simple sangat tu!
Bukan apa, tak kira la umur 20-an ke, 30-an ke, dah jadi isteri orang ke belum, anak dah berderet ke, penampilan tetap kena jaga. Tak boleh ambil enteng ye guys! Kita perempuan kena sentiasa bersiap walaupun simple. Tak payah nak tengok artis Hollywood, cukuo tengok gaya pelakon Rozita Che Wan.
Penampilannya tetap on point walaupun umur dah 50 dan anak dah tiga orang tapi itulah, nak berpakaian seperti Che Ta mungkin agak sukar. Vogue sangat!
Sumber: instagramcheta
So, jangan bandingkan gaya penampilan diri dia sebab kalau nak bandingkan dengan Che Ta, memang jenuh ler nak mencari baju-baju mahal tu kan. Dah! Sekarang ni jom kita lihat antara padanan baju minimalis yang boleh kita pakai untuk keluar pada hujung minggu ni.
Blouse
Antara pakaian yang popular kalangan perempuan tak kira peringkat umur. Bawah punggung, lengan panjang dan nampak sopan dan simple! Tapi, nak pakai blouse minimalis ni jangan pilih corak yang heavy.
Kosong pun dah memadai sebab minimalis ni menarik dan simple je sis. Kalau nak corak juga, biar yang sikit je bahagian bawah atau atas. Pastikan, warna pada corak blouse tidak terlalu terang, kalau tak bukan minimalis tu.
Sumber: drykom
Jumpsuit
Mungkin tak ramai yang berani nak pakai jumpsuit disebabkan faktor saiz badan dan umur tapi rasanya tak salah kalau nak bergaya sikit. Lagipun, jumpsuit ni sesuai digayakan untuk apa saiz badan sekali pun sebab fesyen jumpsuit selalu digayakan longgar.
Oh! Sebelum tu kitaorang nak ingatkan supaya elakkan memilih jumpsuit yang bercorak heavy. Nanti nampak macam nak bercuti pula. Pilih yang plain atau berbelang. Itu pun dah cukup nampak penampilan korang minimalis.
Sumber: idntimes
Knitwear
Mungkin ada yang berpendapat Malaysia ni panas so, kenapa nak pakai knitwear? Alahai.. Kalau rancang hujung minggu pergi menonton wayang atau berada di dalam mall. Apa salahnya pakai knitwear kan?
Apa yang penting adalah pemilihan corak dan warna supaya sesuai dengan saiz badan sebab kalau salah pilih saiz knitwear, penampilan korang nampak lack! Tapi kalau pilih saiz tepat, penampilan korang terus berseri.
Sumber: houseofnicoleduke
Skirt
Mesti ada yang cakap dalam hati, badan kurus bolehlah pakai skirt. Hello! Cuba tengok pengacara Sherry Al-Hadad okay je pakai skirt labuh. Jangan risau, kalau yang kurang tinggi cuba pakai kasut bertumit sikit.
Baju pula elakkan dipadankan dengan beropol atau berkepuk. Takut kelihatan serabut. Cukup lengan panjang atau pendek yang straight cut, kemudian baju tuck in dalam skirt. Sangat minimalis!
Sumber: dressamy
Tip: Fesyen minimalis adalah fesyen yang tidak sarat dengan corak dan warna pakaian tidak lebih dari dua tona. Cukup dua atau satu. Jika inginkan penampilan nampak minimalis, elakkan dari memilih pakaian yang beropol, sarat dengan bunga dan mempunyai pelbagai warna pada satu penampilan.
Minimalis ni simple tapi nampak ‘mahal’ walaupun harga baju tak mahal mana. Oh! Sebelum tu, bila nak guna dua warna dalam satu penampilan, pastikan pemilihan warna selari. Jangan caca marba pula. Nampak pelik nanti, ihiks!
Selamat melaram!