MCC Raya 2016

MCC Raya 2016

- in Behind The Scene, Business, Latest
1085
Comments Off on MCC Raya 2016

Aildilfitri adalah momen istimewa di MCC. Masuk tahun ke-4 MCC mengeluarkan koleksi lebaran – dan tiap kali ada kisah di sebaliknya.

Tahun pertama, 2013.

MCC melancarkan koleksi Aidilfitri yang pertama seminggu sebelum bermulanya Ramadhan. Istimewanya tahun itu ialah koleksi Aidifitri MCC di-release di Putrajaya International Convention Centre semasa Being-Me anjuran Mercy Mission. Kami menjadi Fashion Partner merangkap Sponsor konvensyen tersebut dan menyertai Fashion Runway yang pertama. Waktu itu kami mempunyai hanya sekitar 6 koleksi lebaran.

Tahun kedua, 2014 – #MCCBoldAndBeautifulEid (BABE).

Tahun yang tak dapat saya lupakan. Hari pertama koleksi lebaran dilancarkan ialah semasa saya dan keluarga di atas bas dalam perjalanan ke Paris dari Italy. Kami menyertai sekali lagi Raya Fashion Show di PICC Being-Me; kali ini tanpa kehadiran saya dan semuanya 100% diuruskan oleh Team MCC Loyal Crews. Memandangkan zon waktu yang berbeza, teringat lagi saat gigih mengupdate Instagram MCC di dalam bas agar ianya serentak dengan live update mengikut waktu Malaysia. Kami juga tiap hari tak lepas bertanya kabar kepada Team dan meminta update semasa tentang sambutan koleksi Lebaran yang dilancarkan.

Tahun ketiga, 2015 – #MCCTimelessAndClassyEid.

Tahun lalu adalah tahun gila-gila MCC. Segala-gala keputusan syarikat yang diambil adalah yang paling extreme. We really push ourselves beyond our wildest imagination. Kami membuka butik baru di Bangi Sentral pada bulan Ramadhan. Melancarkan koleksi lebaran di 2 tapak Bazaar berbeza – tapi pada waktu yang sama iaitu di KLIHF, PWTC dan Mood Republik Tour Pahang. Menghasilkan 20 koleksi lebaran dan mesin jahit terus menerus menjahit koleksi raya sehingga 1 minggu sebelum Raya! Semua kerja gila bagi memastikan stok cukup untuk pembukaan butik Bangi Sentral dan juga Mood Republik Raya di PWTC yang kedua-duanya berlangsung pada waktu yang sama. Ianya juga Aidilfitri pertama kami membuat kolaborasi bersama NEDA.

Mengenang kembali Raya 2015, saya tahu saya bekerja luar biasa kuat dari biasa-biasa setelah hampir 3 bulan on/off dari tugasan syarikat kerana keadaan arwah bonda yang sakit tenat.

Tahun keempat 2016 – #MCCRayaUntukSemua.

Tahun ini ternyata lebih berbeza. Persiapan koleksi Raya 2016 dibuat sejak tahun 2015. Cara kerja yang berbeza dari tahun sebelumnya. Tukang jahit diatur untuk selang seli menjahit koleksi Hari Raya dan koleksi bulanan biasa agar semua berjalan serentak. Tukang jahit juga ditambah supaya lebih ramai dari tahun lalu kerana tahun ini jumlah koleksi yang kami rencanakan untuk dilancarkan dalam tempoh 2 bulan “paling peak” bagi industry ini juga lebih banyak.

Terkenang ngomelan photographer fav kami, @hazrangah yang bertanya kepada MCC Loyal Crew Cik Cuna sambil ketawa – “Cuna boss kau ni bangun pagi terus menjerit – yeayyyy aku dah ada design baru nak buat lagi hari ni!!!”. Mana taknya, tahun ini hampir selang tiap minggu Cuna dan Hazra berdating. ???

Koleksi Hari Raya? InsyaAllah memakan masa 4 hari untuk shoot kali ini, termasuk campaign shoot khas bersama #MCCLoyalFans. Harapnya cukup masa sehari lagi untuk habiskan beberapa railing baju yang masih berbaki. Bersedialah Hazra! Ambil insurans tanganmu siap-siap ok!

Tema Raya MCC kali ini, #MCCRayaUntukSemua. Apa maksudnya tu ya?

Kita tunggu CEO MCC explain ya! ?

Saya suka!

About the author

You may also like

The Journey by MCC

  Saya mempunyai impian yang pelik. Saya pernah