Nak Pakai Pleated Skirt Kena Tahu Do’s & Don’ts, Jangan Main Pakai Je!

Nak Pakai Pleated Skirt Kena Tahu Do’s & Don’ts, Jangan Main Pakai Je!

- in Fashion, Styling Tips
7471
Comments Off on Nak Pakai Pleated Skirt Kena Tahu Do’s & Don’ts, Jangan Main Pakai Je!

Bila bercakap tentang fesyen ni, sebenarnya sangat luas kalau nak dibincangkan. Lebih-lebih lagi zaman 2000 ni, perkembangan fesyen sejajar dengan perkembangan teknologi.

Tengok sajalah artis malaysia seperti Scha Alyahya, Vivy Yusof dan Neelofa, nama mereka melonjak naik sehingga ke luar negara disebabkan keberanian mereka dalam menggayakan pakaian.

Sampaikan kalau kita tengok pengacara Neelofa menghadiri mana-mana pertunjukkan fesyen di luar negara mesti pakaian dia agak pelik tapi combination sangat memberi inspirasi.

Jadi, kami nak kongsikan dengan anda semua tip menggayakan pleated skirt. Ha, mesti ada yang terpinga-pinga apa tu pleated skirt kan? Pleated skirt atau lebih dikenali dengan nama skirt berlipat merupakan salah satu pilihan kegemaran di kalangan pecinta fesyen.

Mungkin pemakaian skirt ini mudah dipadankan dengan semua jenis baju sekaligus dapat membuatkan penampilan korang jadi stylish dalam masa sekelip mata. Tapi, kena pandai macam mana nak mix and match kan pleated skirt dengan baju dan aksesori.

Kalau gagal, OOTD korang confirm kelaut! Jadi, jom kita tengok do’s & don’ts bila pakai skirt pleated ni.

Pakai dengan blazer dan akseseori

Apa yang dimaksudkan dengan aksesori adalah kasut boots, tali pinggang bersaiz besar atau kecil yang versatile, kasut tumit tinggi atau sneakers. Pilihlah mana satu mengikut keselesaan korang!

Pakai top warna yang sama

Style seterusnya agak simple and sesuai dengan cuaca dekat Malaysia ni. So, siapa yang suka style yang simple boleh cuba pakai macam ni, okay?

Top putih

Sebenarnya, pleated skirt ni ada pelbagai warna. Tak kiralah warna terang ke, lembut ke semua ada! Jadi, kalau korang nak senang mix and match warna pleated skirt ni, sarungkan je dengan top putih. Penampilan korang confirm nampk mahal dan menarik.

Printed top

Oh! Kalau berani lagi, korang pakai pleated skirt ni dengan colourful printed top! Bukan apa, mungkin ada yang rasa crime fashion sebab pleated skirt dah bercorak so, korang boleh cuba salah satu style dalam gambar ni.

Pakai bersama dress pendek

Mesti ramai wanita hijab teringin menyarungkan dress pendek disebabkan faktor corak dan material fabrik yang lawa dan sedap jadi, untuk menutup bahagian baki bawah dress yang terdedah tu, korang sarungkan je pleated skirt. Janji cari warna dress dan pleated skirt tu sesuai.

Pakai dengan blouse panjang

Style ni sesuai untuk orang yang tinggi sebab ade sesetengah orang terlalu tinggi and tak nak nampak tinggi sangat, so dengan gaya ni sangat tepat buat mereka. Oh! Gadis yang rendah tak digalakkan menggayakan fesyen ni sebab takut nampak korang bertambah rendah.

Banyak dah kitaorang buat perkongsian cara menggayakan pleated skirt ni. Harap sangat memberi manfaat. Jadi, sesiapa yang buat harta karun pleated skirt dekat dalam almari tu, mungkin start esok dah boleh mula menggayakan dengan gaya elegen!

You go girls!

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional