Tip Penjagaan Kain Songket Tenun

Tip Penjagaan Kain Songket Tenun

- in Fashion
1740
Comments Off on Tip Penjagaan Kain Songket Tenun

Kalau dulu hanya orang atasan saja yang akan memakai kain songket tapi hari ini, pemakaian songket lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja saja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas dan sudah pasti bersesuaian dengan majlis mengikut corak dan motifnya.

Namun, disebabkan harga songket mahal tidak ramai yang pakai untuk majlis yang biasa-biasa. Songket akan digunakan waktu majlis yang besar-besaran misalnya pemakaian raja sehari atau menghadiri majlis formal yang melibatkan undangan dari nama-nama besar.

Sumber: sweetphoto

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa harga songket semakin mahal dan harganya tidak pernah turun. Ini sebabkan cara pembuatan songket yang memerlukan…

  1. Kesabaran yang tinggi.
  2. Teknik pembuatan yang rumit.
  3. Kemahiran kurang tetapi permintaan banyak.
  4. Masa yang diambil untuk siapkan kain sangat lama.
  5. Tidak ramai yang tahu dan berminat dengan proses tenunan.

Disebabkan faktor di ataslah harga songket semakin melambung naik. Bukan itu saja, songket juga ada jaga cara penjagaannya. Kalau salah jaga, habislah cepat rosak fabrik sebab benang yang digunakan bukan seperti baju yang lain.

Cara penjagaan songket…

  1. Bentangkan fabrik songket bersama dengan sehelai kain pelekat yang ditindan di atas lembaran kain songket.
  2. Kemudian, gulung fabrik songket bersama kain pelekat tadi secara memanjang sampai ke penghujung.
  3. Simpanlah gulungan songket tadi dengan cermat di dalam almari.

Tip lain:

  1. Elakkan daripada melipat kain songket walaupun sekali. Ini bertujuan mengelakkan daripada benang tenunan songket tadi patah yang seterusnya boleh merosakkan motif sesuatu songket.
  2. Elakkan menghempap songket dengan mana-mana fabrik atau persalinan anda yang lain.
  3. Elakkan juga daripada menggosok kain songket kerana akan menjejaskan kualiti tenunan benang emas lagipun kalau dah gulung elok-elok, tak perlulah nak gosok lagi.
  4. Hindar daripada selalu mencuci kain songket. Kalau nak cuci, sebaiknya gunakan cucian kering (dry cleaning).

Koleksi kain songket…

Kepada yang ingin merasa memakai pakaian songket, you guys boleh pergi ke website Muslimat Clothing untuk melihat koleksi songket dengan lebih detail dan corak yang lebih banyak. Nak terus membuat pembelian pun boleh.

Tapi sebelum tu jom usya dulu antara jenis songket yang Muslimah Clothing sediakan.

Songket Azneem

Jika anda lihat pada rajah, bahagian kain saja kami letak sentuhan tenunan songket. Belahan kain songket yang kami sediakan pula, Lipat Batik Belah dan bahagian pinggang pula Semi-Elastic waistband. Bahagian baju pula, kami berikan keanggunan bentuk Kurung Riau.

Songket Lace Azreen

Untuk songket jenis Azreen pula seperti yang anda lihat, pada bahagian baju kami berikat sedikit corak lace pada bahagian bawah baju untuk menaikkan seri pemakai. Bestnya lagi, untuk pattern Baju Kurung Songket Lace Azreen kami berikan warna yang terang dan lembut.

Jadi, pada mereka yang gemarkan warna terang Songket Lace Azreen la pilihan yang tepat. Menariknya lagi, bahagian kain songket pula kami beri lining crepe dan style Lipat Batik Belah. Saiz pula ada dari XXS sehingga 5XL.

Kalau korang nak tahu harga dan nak tengok pelbagai lagi songket. Klik je dekat sini okay? Selamat membeli!

 

You may also like

Sebenarnya Busana Kebaya Berasal Dari Pakaian Tradisional Melayu Ke?

Pernah terfikir tak baju kebaya sebenarnya baju tradisional