Coretan Kisah : Cukupkah rezeki buat diriku?

Coretan Kisah : Cukupkah rezeki buat diriku?

- in Business, Latest
925
Comments Off on Coretan Kisah : Cukupkah rezeki buat diriku?

CUKUPKAH REZEKI BUAT DIRIKU?

Pernah terdetik perasaan seperti risau duit tak cukup, nak bayar bil tak lepas, sehingga kena tangguhkan bayaran,
risau akhir bulan duit pampers dan susu anak tak cukup, nak balik kampung rasa sesak atau apa-apa perasaan seperti itu?
Kalau ya, jangan risau, itu normal.

 

Entah macam mana satu hari ni, semasa saya di surau, sebelum solat isyak, pengerusi masjid pegang mic dan buat pengumuman. “Hari ni, kita nak adakan solat hajat, sebab ada jemaah surau kita, Haji Fulan (bukan nama sebenar) ada di ICU. Keadaan teruk dan kita nak doakan Allah SWT berikan kesembuhan kepada beliau”. Oh, baru saya perasan, patut Haji Fulan dah lama tak ke surau.

 

Lepas solat, ustaz yang berikan kuliah maghrib diberikan penghormatan untuk menjadi imam. Sebelum mula, beliau terangkan cara mahu mengerjakan solat hajat. Haaa, part ni yang saya yang mula-mula macam mengantuk tiba-tiba jadi segar. Terkejut mendengar caranya.

 

“Ok, rakaat pertama, selepas baca Al-Fatihah, baca ayat qursi, kalau tak hafal, baca “qul ya ayyuhal kafirun””
“Rakaat kedua pula, selepas baca Al-Fatihah, baca ayat “Aamanar rasulubima,sambung dengan “La Yukallifullah” sampai habis,kalau tak hafal, baca “qul huallahu ahad””

 

“Hmm, menarik”, detik hati. Belum pernah saya dengar orang cadangkan baca ayat qursi + “Aamanar rasuulubima”

Sambung Ustaz, “Bagusnya ayat surah Al-Baqarah ayat 285 dan 286 ini, ada hadis di mana Rasulullah bersabda yang maksudnya, barangsiapa yang membaca ayat ini, insyaAllah akan dicukupkan keatasnya untuk segala sesuatu”.

 

Wah, hebat fadhilat Allah SWT berikan kepada pengamal ayat ini. Lepas solat, saya tak senang duduk. Fikir saya, kalau dicukupkan Allah SWT atas segala sesuatu, itulah yang sudah terbaik. Apa lagi yang dimahukan? Ya, harapnya dicukupkan amalan untuk ke syurga, dicukupkan kesihatan semasa hidup di dunia, dicukupkan kebahagiaan bersama keluarga, dicukupkan rezeki untuk dikongsi, dicukupkan segala-galanya.

 

Apalagi yang mahu didunia ini melainkan segalanya dicukupkan Allah SWT?

Allahualam, Allahuakbar.

 

Sempat saya membuat beberapa rujukan. Ini di ekstrak daripada Tafsir Ibn Kathir: Part 3 of the Quran 2nd Edition. Kalau google, boleh jumpa yang scan version.

 

Ibn Mas’ud (radiyallahu’anhu) said that the Messenger of Allah (Sallallahu `alayhi wasallam) said, “Whoever recites the last two ayat in Surat Al-Baqarah at night, they will suffice for him.” [Narrated by al-Bukhari]

‘Abdullah (radiyallahu’anhu) said, “When the Messenger of Allah (Sallallahu ‘alayhi wa sallam) went on the Isra’ journey, he ascended to the Sidrat Al-Muntaha in the sixth heaven, where whatever ascends from the earth ends at, and whatever descends from above it ends at. [“Iz ya’shadrata yaghshâ (When that covered the lote tree which did cover it!)” (Al-Najm, 53:16) meaning, a mat made of gold.] The Messenger of Allah (Sallallahu ‘alayhi wa sallam) was then given three things: the five prayers, the last ayat of Surat Al-Baqarah and be granted forgiveness for whoever did not associate anything or anyone with Allah to the ummah ” [Narrated by Muslim]

A Hadith regarding the virtues of Surat Al-Fatihah from Ibn ‘Abbas (radiyallahu’anhum) which stated, “While the Messenger of Allah (Sallallahu ‘alayhi wa sallam) was with Jibril, he heard a noise from above. Jibril lifted his sight to the sky and said, `This is a door that was opened just now in heaven, and it was never opened before.’ An angel came down through the door to the Prophet (Sallallahu ‘alayhi wa sallam) and said, ‘Receive the good news of two lights that you have been given and which no Prophet before you was given: the Opener of the Book (Al-Fatihah) and the last ayat in Surat Al-Baqarah. You will not read a letter of them, but you will be granted its benefit.”’[Narrated by Muslim and An-Nasa’ie, and this is the wording collected by An-Nasa’ie].

Didoakan bermanfaat bagi semua. Dan didoakan juga dicukupkan kepada kita keatas segala sesuatu yang baik bagi kita semua.

Ameen Ameen Ameen.

 

p/s: – Sekiranya bermanfaat dan mahu kongsikan artikel ini, insyaAllah saya benarkan dan tidak perlu minta keizinan. Cara yang paling mudah adalah dengan click butang-butang social media yang ada di atas dan dibawah artikel ini. 🙂

About the author

You may also like

UMTAS – Behind the scene.

Ramai yang bertanya tentang UMTAS, mohon maaf kerana