Maaf, saya seorang yang sangat simple.

Maaf, saya seorang yang sangat simple.

- in Behind The Scene, Business, Fashion
1

Maaf & Terima kasih.

Sejujurnya saya sangat simple orangnya.

Saya bukan selebriti. Hanya seorang ibu dan isteri yang menjalani kehidupan normal seperti Cikpuan yang membaca email ini juga.

Saya berpakaian sehari-hari untuk 2 perkara:
1. Menutup aurat tanda taat agama, kasih pada Pencipta.
2. Maruah suami, diri dan keluarga yang perlu dipelihara.

‘Mazhab’ cara saya berpakaian sekarang banyak dipengaruhi oleh:
1. Pengalaman menunaikan haji pada 2007.
2. 7 tahun sebagai jurutera dan bekerja di kalangan ramai rakan sekerja lelaki.
3. Melahirkan 4 bayi comel setiap 3 atau 2 tahun sekali.

Saya yakin ramai yang ada persamaan dengan saya di atas. Kalau tidak kesemua 5 perkara, paling kurang 2 perkara pertama di atas.

Saya suka cantik, namun suka yang simple dan ini membawa ke jolokan #NoLipstikLadyBoss bukan kerana tidak mempunyai lipstik, tetapi mungkin 1 tahun 1 kali sahaja memakai lipstik. Tahun 2016 ini masih belum lagi berlipstik. Hehehe. Memang investment saya kepada sebatang lipstik sangat berbaloi kerana bertahun-tahun tunggu masih belum habis. Anak dara saya yang kini sibuk-sibuk nak mencuba. Aduh!

Jadi mengapa saya mohon maaf dan berterima kasih di atas?

Pertama, saya mohon maaf. Apabila saya terlibat dengan dunia fesyen, rekaan yang yang merupakan jurutera elektrikal di masa lampau (Eh baru masuk tahun kedua meninggalkan jawatan itu 🙂 hampir semua rekaan saya adalah berlandaskan Mazhab saya di atas. Pengalaman ke tanah suci, situasi ke pejabat yang penuh lelaki dan tahun-bertahun menyusukan anak-anak tanpa putus.

Pendek kata, rekaan MCC adalah simple, praktikal dan saya sendiri mahu memakainya. Dan saya yakin untuk menggayakannya. Itu membawa kepada perkara kedua – ucapan Terima Kasih saya khas buat Cikpuan kerana sudi berkongsi mazhab dengan saya dalam bab berpakaian.

Ada kala saya suka juga bereksperimentasi, terutamannya semasa musim lebaran. Rekaan yang simple tapi sedikit meriah dengan tambahan eksesori. Namun tahun bertahun pemerhatian saya, yang simple juga yang disukai MCC Loyal Fans. Yang simple tapi MANIS tetap menjadi pilihan, dan tak putus permintaan. Ini bermakna kita memang sealiran 🙂

Ini membawa kepada pengumuman istimewa dari kami di Team Design MCC. Bermula January, kami memperkenalkan satu sub-Label MCC iaitu MCC BASIC yang mana kami menghasilkan koleksi yang simple dan sesuai dipakai sehari-hari pada harga yang lebih nilai. Bak kata seorang pelanggan setia di Bangi, “Akak nak cari baju pergi ke Pasar dik!”. Wah! Puan ini nak berMCC ke mana sahaja, bukan sekadar ke Wedding mahupun ke Pejabat.

Mengapa MCC BASIC? Kerana kami tahu, speciality MCC ialah menghasilkan rekaan yang praktikal dan berkualiti. Dengan adanya sub-label MCC BASIC, kami dapat berkarya menghasilkan daily-wear MCC pada harga yang lebih rendah.

Inilah berita gembira pada hari Jumaat ini. Semalam koleksi Blouse Almeera (RM59) yang didatangkan dalam 5 warna adalah koleksi pertama bagi MCC BASIC. Ada yang dah borong kesemua 5 warna tersebut MasyaAllah! Sekiranya ada cadangan untuk MCC BASIC, bolehlah reply kepada email saya ini.

Selamat berhujung minggu! InsyaAllah saya berusaha untuk menghantar personal email kepada Cikpuan pada setiap Jumaat, just in time sebelum Cikpuan beristirehat di hujung minggu. Jemput bertamu ke butik MCC ya.

Kami suka!

Salam mesra,
Azie of MCC
MuslimahClothing.com
Your Labuh & Longgar Specialist

 

About the author

Mempunyai 4 bayi comel (and counting!) dan seorang puteri kini menghuni syurga. Cita-cita mahu bermahligai bersama keluarga di syurga. SRK Convent Kota Taiping, TKC, KMYS dan University of Southampton. Pernah bertugas sebagai Jurutera di TNB selama 7 tahun.

Related Posts

Facebook Comments

1 Comment

  1. Simple x ape. Yang penting adalah hidup dengan gembira setiap hari dan berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *